Korea Selatan Bina Pencakar Langit Halimunan

Trending

Korea Selatan Bina Pencakar Langit Halimunan

Jika bandar-bandar maju seluruh dunia dengan bangga mempamerkan bangunan-bangunan pencakar langit – dari Burj Khalifa di Dubai sehinggalah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Incheon di Korea Selatan mempunyai perancangan yang lain: iaitu membina bangunan setinggi 450 meter yang halimunan.
 photo skycraperl01.jpg
Menurut syarikat yang berpusat di California, GSD Architects, kerajaan Korea Selatan telah meluluskan pembinaan Menara Bandar (atau secara tidak rasmi dipanggil ‘Menara Infiniti’), sebuah bangunan pencakar langit yang menggunakan LED untuk memancarkan imej dari langit belakang yang diambil oleh kamera di sisi bangunan. Hasilnya memang menarik: satu struktur yang kelihatan seolah-olah ‘hilang’ dari langit Incheon.
 photo skycraperl02.jpg
Ada yang mempertikaikan lokasi bangunan itu yang sejauh 18 batu dari barat Seoul, hanya beberapa batu jauhnya dari lapangan terbang paling sibuk di Korea, akan menimbulkan isu keselamatan kapal terbang. Bagaimanapun, Korea Land and Housing Corporation memberitahu yang risiko tersebut amat rendah.

Ini ialah kerana bangunan tersebut bukan 100% halimunan.

Sumber.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...