Selepas sebulan setengah Korea Selatan bergelut dengan penyebaran wabak di Daegu, kini penduduk negara tersebut boleh menghembuskan nafas lega kerana mereka berjaya meratakan lengkungan dan melawan COVID-19. Malahan mereka hanya menerima dalam lingkungan 20 kes baru sahaja pada setiap hari sejak beberapa hari ini.
Bayangkan negara tersebut mampu mencapai hasil yang membanggakan ini tanpa perlu melaksanakan perintah berkurung. Bahkan sepanjang masa tersebut, kesemua pengangkutan awam berjalan seperti biasa dan kesemua pusat beli-belah ternama beroperasi secara normal.
Menteri Luar Negeri Korea Selatan iaitu Kang KyungHwa mengatakan bahawa jumlah kes COVID-19 telah ‘distabilkan’ hasil daripada tindakan pantas dalam mencegah pandemik ini. Hasil ujian dan pencarian kontak rapat dengan pesakit yang dijalankan secara mantap merupakan kunci utama dalam mengawal COVID-19. Selain menambah, kejujuran dan ketelusan juga memainkan peranan yang penting.
Kerajaan juga memegang utuh dengan falsafah ‘menghormati hak rakyat untuk bebas bergerak’ namun menjelaskan bahawa sekatan perjalanan telah pun dijalankan bagi mengelakkan gelombang kedua virus tersebut.
Tambahan pula, idea perintah berkurung pastinya tidak akan diterima oleh rakyat Korea Selatan lantas kerajaan membuat keputusan untuk tidak melalui jalan itu walaupun COVID-19 mula merebak dengan pantas pada Februari lepas.
Daegu yang merupakan negeri pertama di Korea Selatan yang diserang wabak ini berjaya merekodkan sifar kes baru buat julung kalinya sejak daripada dua bulan lepas manakala kes di kawasan lain juga melihatkan penurunan yang signifikan.
Semoga Malaysia juga dapat melawan COVID-19 tidak lama lagi.