“Korang Tunggu ‘Video’ Tu Keluar Nanti” – Haneesya Hanee Bersuara Isu Pergi Kelab Malam, Bakal Dedah Bukti?

Hiburan

“Korang Tunggu ‘Video’ Tu Keluar Nanti” – Haneesya Hanee Bersuara Isu Pergi Kelab Malam, Bakal Dedah Bukti?

Pelakon dan juga model, Haneesya Hanee tampil meluahkan rasa bebal dengan segelintir netizen yang masih mengecam dirinya berkenaan kisah lamanya ketika program Dewi Remaja dulu.

Meskipun sudah 8 tahun berlaku, insiden tersebut kekal menjadi bualan ramai apatah lagi di saat kisah pertelingkahan pelakon Anna Jobling dan ibunya menjadi tular beberapa hari yang lalu.

Advertisement

Berang namanya diungkit kembali, Haneesya berkata satu video berkenaan isu tersebut bakal diterbitkan dan ia bakal membuat pencacinya terdiam nanti.

Tak mengapa, biar saya duduk dan nikmati sahaja perjalanan ini. Saya dah cuba bercakap jujur, tapi tak ada siapa yang mahu dengar atau percaya kata-kata dari mulut seorang pendosa.

Saya sudah buat satu temu bual dan dalam temu bual itu, saya luahkan segalanya tanpa tapis, tanpa selindung. Bila temu bual itu disiarkan nanti, itulah kali terakhir saya akan bercakap tentang isu ini.

Hanya ingin mempertahankan diri, Haneesya berkata dia tidak lagi kisah menerima kecaman ramai kerana ia adalah kisah silamnya.

Saya sekarang dah dewasa. Kalau ada yang masih nak marah dengan diri saya yang berumur 18 tahun dulu, silakan, teruskan marah. Tapi saya bukan 18 tahun lagi.

Lapan tahun hidup dalam rasa bersalah. Lapan tahun rasa seperti terpaksa merayu agar semua orang maafkan saya. Lapan tahun bergelut dengan kesihatan mental sendiri.

Jadi, selepas video temu bual itu keluar, saya nak tengok, pada hari itu nanti, berapa ramai yang akan tergigit lidah sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-16 09:56:47

Nur Fazura Duduk Semeja Dengan Peguam, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang? - "One Step At A Time.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...