“Korang Tak Suka Penyondol Tapi Korang Sokong Dia Sebab Jujur. Dia Tu Pun Penyondol!” – Zed Zaidi

Hiburan

“Korang Tak Suka Penyondol Tapi Korang Sokong Dia Sebab Jujur. Dia Tu Pun Penyondol!” – Zed Zaidi

Sebelum ini, Presiden Seniman Zed Zaidi ada memuat naik video di TikTok dan Instagram membidas tindakan Sarah Yasmine yang dikatakan membuka aib serta menghuru-harakan industri hiburan tanah air.

Menerusi video tersebut, Zed Zaidi turut mempersoal akidah Sarah yang mempunyai tatu malah turut menyebut tentang kedua ibu bapa wanita terbabit.

Advertisement

Luar nampak Islam tapi akidah… tak faham. Tatu di badan, dianggap halal. Buka aib orang, dianggap hebat. Buka aib sendiri, dibanggakan. Mana maruah kau? Murah sangat maruah sampai kau tak tahu malu. Kesian mak bapak kau.

sarah yasmine

 

Tak perlu kot sentuh pasal akidah?

Bagaimanapun, Zed Zaidi dikritik oleh warganet kerana dikatakan tiada hak untuk mempersoal tentang akidah orang lain serta menghinanya.

Kata netizen, perkara itu tiada kena mengena dengan pendedahan Sarah tentang beberapa selebriti bermasalah yang terpalit dalam kontroversi yang kini hangat diperkatakan.

komen

zed zaidi

 

Semua tanggungjawab aku – Zed Zaidi

Menyedari dirinya menerima pelbagai kritikan disebabkan video tersebut, Zed Zaidi tampil memberi penjelasan dan berkata dia bukanlah mahu ‘menyerang’ Sarah Yasmine kerana membuat pendedahan itu tetapi tidak suka akan hal yang lain.

Ujar Zed, semua selebriti di Malaysia adalah di bawah tanggungjawabnya sebagai presiden dan dia perlu mengikut 4 dasar yang diperjuangkan oleh Seniman iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis kita.

Semuanya (melibatkan) artis artis. Kau faham tak? Itu tanggungjawab aku. Korang tak suka penyondol tapi korang sokong sebab dia jujur. Tapi, dia tu juga penyondol! Korang tak suka penyondol, dalam masa sama kau sokong penyondol. Aku tak faham lah.

@rozaidijamil Dengar penjelasan aku ni, aku tak sokong mana mana pihak apa yang aku buat ni atas tanggungjawab aku untuk mengelakan perpecahan dalam industri seni kerana minah tu!!! #terciduq #teamzedzaidi #malaysia #malaysiaviral #malaysiabangkit🇲🇾 #tiktok #tiktokmalaysia #fyp #fy #foryoupage #fypage #kamisempoi #artis #artismalaysia #inimalaysialah ♬ original sound – ZED ZAIDI

2 weeks ago

Aliff Aziz Dan Ruhainies Bakal Disenarai Hitam Oleh Stesen TV? Ini Kata Presiden Seniman, Zed Zaidi - “Dalam Proses Keluarkan Surat”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...