Pelakon Haneesya Hanee meluahkan rasa kecewa apabila video lamanya yang dirakam lapan tahun lalu di sebuah kelab malam kembali menjadi bualan netizen susulan kontroversi melibatkan Anna Jobling dan ibunya, Ariz Ayop.
Haneesya, 25, berkata dia tidak faham mengapa namanya tiba-tiba dikaitkan sedangkan dia sudah lama tidak menyebut atau membicarakan tentang Anna.
Katanya,
Dulu aku akui salah kerana pergi kelab malam, tapi itu sudah lapan tahun lalu. Kenapa tiba-tiba nama aku kena petik semula?
Haneesya menjelaskan dia tidak pernah mengiyakan atau menafikan dakwaan kononnya Anna yang menyebarkan video berkenaan, sebaliknya netizen sendiri yang memandai-mandai sebarkan cerita tidak benar.
Pelakon itu mengakui masih berasa malu dan kecewa dengan insiden lama serta berharap orang melupakan kisah tersebut. “Aku nak jaga nama baik, aku buat salah sekali, tapi kenapa korang nak hukum lagi? Korang semua Tuhan ke?” ujarnya.
Kini, aneesya menambah, dia tak ambil peduli tentang kerjaya atau kejayaan Anna, fokusnya sekarang hanyalah mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga., dan jika ada wang cukup, dia mahu mengupah pihak tertentu untuk memadamkan video lama itu di media sosial.