Korang Rasa Nak Jadi Lebih Baik Tu Susah? Apa Kata Mulakan Dengan 5 Perbuatan Dalam Kehidupan Seharian Ni Dulu

Branded

Korang Rasa Nak Jadi Lebih Baik Tu Susah? Apa Kata Mulakan Dengan 5 Perbuatan Dalam Kehidupan Seharian Ni Dulu

Melakukan kebaikan merupakan perkara yang dituntut dalam Islam, dengan kebaikan ia dapat menyuburkan rasa kasih sayang dan seterusnya mengukuhkan hubungan silaturahim sesama insan.

Namun hari ini, ramai yang menyangka untuk melakukan kebaikan perlu menjadi kaya terlebih dahulu. Hmm… Korang tersilap sebenarnya, dalam kehidupan seharian kita mudah je tau nak buat baik, lebih-lebih lagi bulan puasa ni, barulah amalan jadi berlipat ganda!

1. Kau ni memang tak tau senyum ke?

Korang tau tak, senyuman merupakan kebaikan paling mudah yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian.

Melalui senyuman korang dapat melembutkan hati yang lain dan memberikan tenaga positif pada orang sekeliling! Bila orang sekeliling gembira kita pun akan terikut sama. Jadi tak perlu nak masam muka sangat ya!

2. Hmm.. Nampak aktif je mesti tak puasa kan?

This image has an empty alt attribute; its file name is G_UyS6_vJZFOWKb7WrknrrsDyz4COl11YuPpCr-kKSoIl9Z_ymsiHV12OQQLbNe_FO81QEpK8Ml0B8W3XVB1b9wwrlJHPR3-AuumXhejsWUgRtVLD52xl3qJBJCZ4ajdS2WOilkR

Bulan Ramadan yang mulia, adalah bulan terbaik untuk kita belajar perbaiki diri. Kalau dulu korang senang sangat menilai orang, apa kata bulan ni cuba untuk berprasangka baik dengan orang sekeliling.

Kalau rasa kata-kata korang akan menyakitkan hati orang lain, baik korang diam je dan buat kerja sendiri daripada nak membawang hal orang.

3. Membeli sambil memberi manfaat

This image has an empty alt attribute; its file name is AEDDDegXFd4bxRTXTGt5aIq0_7F7V1CdrI_y6xjMdghw3Ix9clCyO4JdUqfBbviWyLGPdqSfSb8W7OtqUArCRqqGOzxJmBImP0bwN5lA0L66dmRKlc1daGy4oqOqRFOTtcS8NlMy

Sekarang ni ada banyak cara mudah untuk korang bersedekah tau, kadang-kadang cuma perlu beli sesuatu produk je dah boleh membantu mereka yang memerlukan.

Contohnya macam korang beli susu Goodday, daripada pembelian yang dilakukan tu korang boleh pilih sama ada nak menebus menerusi e-kredit Touch ‘n Go atau menyumbangkannya pada badan kebajikan.

Nak tau macam mana? Korang kenalah baca sampai habis dulu.

4. Cantik kau hari ni. Nak pergi dating ke?

This image has an empty alt attribute; its file name is JIV5_hfpEZe9x9zo5tKJD9vfl26tgZNc0HnkWEd5Ag0F-6LXHqtwpPbLGiWj6dNYy8rVsNmx6iQ8MG5ujNRJM3uEjDjtX70chp6SgVyccPoQTj1W_PDwW2j8DielaWf2nnAX75Bz

Kalau tadi kami cakap jangan mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain, apa kata korang twist perbuatan korang dengan pujian kepada orang sekeliling sama ada teman atau keluarga.

Bukan untuk mengampu, cukup sekadar korang berikan kata-kata semangat dan menyenangkan hati orang sekeliling. Siapa tak suka bila dipuji kan?

5. Takpe biar aku bayar makan kali ni

This image has an empty alt attribute; its file name is h2eGll-ehnHZR7E1dCjfnKOUXezgMQTJHgUB1yPo_M1EdRmJusbYjHsX9gexzAAudpWXS0mtp17YFdrykwMdl0DOchGpV-qMTxyz7uXNaaRThCZe1jaM9kBJuxhV7Y0Z_TJxnP60

Sekarang kan bulan puasa, waktu ni lah korang boleh bersedekah dengan mudah, seperti belanja rakan ketika berbuka.

Takdelah kami cadangkan korang belanja setiap hari, cuma time korang rasa macam ada rezeki lebih, why not berkongsi rezeki kan?

Bercakap tentang berkongsi rezeki dan bersedekah, korang tau tak sebenarnya ada satu lagi cara mudah untuk korang bersedekah? Meyh kami kongsi dengan korang.

Jom Sebarkan Kebaikan Bersama Goodday

This image has an empty alt attribute; its file name is 0FgC5cKA1NZXHcWUMEyGWwc5pgfdp_bEeDjWQMOOthdgBdN1_NmBGFnVixXVCZvVj-37j49TB5wVDyDoj38TX9TZgCDD-zShT7NR1UVwMHc1XQEI-KamlSO-a8su6tlHBAa-du44

Bulan puasa ni, kami yakin mesti ramai yang mencari produk susu kurma untuk kekal bertenaga sepanjang hari kan?

Kami cadangkan korang jadikan susu kurma Goodday sebagai teman pilihan sepanjang bulan Ramadan ini.

Keenakan rasa susu lembu Goodday yang digabungkan bersama pati kurma sebenar yang berkhasiat pasti dapat membantu korang kekal bertenaga sepanjang menjalani ibadah puasa.

Membeli sambil menderma dengan Goodday

Haaa.. Inilah yang kami nak share dengan korang tadi, dengan pembelian minimum bernilai RM15 dan ke atas bagi apa sahaja produk dari rangkaian Goodday dan Tropicana, korang boleh menjadi sebahagian daripada kempen Goodday Sebarkan Kebaikan.

This image has an empty alt attribute; its file name is gGJFdRjpKHl23lzvAMipo4IGPOFh80htMNJxHDBgKL3PpK4o5PKwSTHBBwKxAc8mkoKNqPd9VmD_ikL3M3GDB7Nu4MyikYXUfA2wQWrNhfUOAs4MD8ssPJbOJbFuWp1udPanvEdI

Paling menarik, korang boleh pilih untuk menebus e-kredit Touch ‘n Go sehingga RM30* atau menyumbang kepada badan kebajikan Pusat Jagaan Al-Fikrah.

Sekiranya korang memilih untuk menyumbang ini bermakna setiap pembelian produk Goodday korang boleh dapat ganjaran pahala dengan membuat kebaikan sepanjang bulan Ramadan.

Terbaiklah, jom sebarkan kebaikan bersama Goodday! Macam mana caranya? Ikut je step kat bawah ni:

  • Beli barangan jenama Goodday atau Tropicana yang bernilai RM15 dan keatas dalam satu resit dari 12 April sehingga 12 Mei 2021
  • Layari www.gooddaysebarkankebaikan.com
  • Isi maklumat berserta resit sebagai bukti pembelian dan pengesahan. Korang akan dapat email dan SMS dalam masa 48 jam setelah resit disahkan
  • Setelah pengesahan berjaya, korang akan terima email dan SMS besertakan link untuk korang memilih sama ada ingin menebus e-kredit Touch n Go ataupun membuat sumbangan ke badan kebajikan Pusat Jagaan Al-Fikrah.

Oh ya, korang perlu pilih untuk tebus atau sumbang dalam masa 3 hari tau sekiranya tiada apa-apa respon, amaun tersebut akan disumbang secara automatik pada badan kebajikan tersebut.

Sekiranya korang memilih untuk menebus sebagai ganjaran pada link yang telah diberi, korang akan dapat e-pin untuk Touch’N Go pada email korang.

Kalau korang pilih untuk membuat sumbangan pula, amaun yang sama akan disalurkan kepada Pusat Jagaan Al-Fikrah.

Semoga korang kekal bertenaga dan tidak putus untuk membuat kebaikan dengan mudah sepanjang bulan Ramadan ini bersama Goodday!

Jangan lupa bersahur dan berbuka puasa dengan Susu Goodday ya.

Untuk maklumat lanjut tentang Goodday Sebarkan Kebaikan korang boleh klik di SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...