Korang Pengguna Aktif Instagram, Facebook & Youtube? Honor 5X Ini Untuk Anda. Nah!

Trending

Korang Pengguna Aktif Instagram, Facebook & Youtube? Honor 5X Ini Untuk Anda. Nah!

aktif

Admin tengok zaman sekarang ni makin lama makin canggih dengan teknologi yang ditawarkan pada sesuatu telefon pintar. Bukan tu sahaja, budak yang masih bersekolah menengah pun tak kurang hebatnya memiliki sesuatu telefon bimbit yang hebat! 24 jam bermain handphone. Hehe.
Tapi apa yang menariknya sekarang ni dah ada sebuah smartphone yang menawarkan kecanggihan teknologi tapi dalam kadar harga yang berpatutan! Admin kalau bab teknologi canggih memang teruja macam fungsi yang ada pada smartphone Honor 5X ini. Lebih-lebih lagi suka layan “youtube”.

Advertisement
p1

(interface nampak elegant! Halus je!)

Dengan harga hanya RM899, Honor 5X dilengkapi dengan rekaan mengagumkan berasaskan logam. Sekaligus memberi pengalaman istimewa yang nampak lebih premium kepada penggunanya.

Ia bukan sahaja menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan besar 1080p, malah turut dijana menggunakan teknologi cip Snapdragon 616, serta kamera selfie 5 megapixel dan kamera belakang 13 megapixel.

Namun apa yang paling membuatkan admin bertambah terujua ialah dengan fungsi Fingerprint 2.0 yang amat memudahkan penggunanya membuka sebarang applikasi kegemaran masing-masing. Fuhh!

p2

Fingerprint 2.0 ini bukan sahaja digunakan untuk ‘unlock’ Honor 5x anda, malah juga boleh digunakan untuk melancarkan aplikasi-aplikasi kegemaran korang.

Kalau korang memang jenis kaki bukak YouTube, Facebook dan Instagram selang 1 minit, mesti terasa agak leceh nak unlock screen sebab nak mencari ikon aplikasi-aplikasi tersebut kan?

Dengan Honor 5X, semua itu tak perlu bersusah payah. Hanya daftarkan jari-jari anda untuk aplikasi-aplikasi tertentu dan terus imbas je jari tersebut untuk nak buka. Contohnya ibu jari untuk Facebook, jari telunjuk untuk Instagram dan jari manis untuk YouTube.

Semua imbasan jari ini boleh direkodkan dengan 6 ciri sentuhan canggih oleh Honor 5X, berbanding 15 sentuhan yang diperlukan oleh smartphone lain.

p3

p4

p5

Banyak lagi ciri-ciri superbs! Honor 5X seperti 3 kad slot ((nano-sim, micro-sim, microSD slot), bukan tu je malah ketahanan bateri sebanyak 3000 MAH untuk tahan lebih lama dan juga ada sokongan Quick Charge 3.0 dan macam-macam lagi lah.

Handphone admin skang ni dah retak seribu, kena masuk list lah jawabnya untuk dapatkan telefon ni. Berbaloi-baloi!!!

Kalau korang pun dah rasa tercabar dan berminat nak beli Honor 5X ini, bolehlah ke laman web Vmall untuk membuat tempahan.

Jualan akan dibuka pada tarikh 1 Mac ini. Buat masa sekarang stok dah habis sebab ramai sangat yang nak beli. Kene grab cepat2 ni!

Kalau rasa nak lebih puas hati dan nak baca lebih lanjut lagi tentang Honor 5X, boleh terus ke laman Facebook HuaweiMY. Boleh tanya macam-macam soalan yang korang nak tanya. Pasti akan terjawab okey!.

Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...