Korang Pencinta Buku? Ini 5 ‘Book Cafe’ Di Sekitar KL Korang Boleh Pergi Pada Hujung Minggu

Makanan

Korang Pencinta Buku? Ini 5 ‘Book Cafe’ Di Sekitar KL Korang Boleh Pergi Pada Hujung Minggu

Bagi pencinta buku yang ingin menikmati suasana tenang sambil menikmati secawan kopi, Kuala Lumpur ada menawarkan beberapa kafe buku yang menarik tau.

Hari ini Beautifulnara nak kongsikan 5 kafe buku yang ada di sekitar ibu kota yang wajib ‘book lover’ pergi, kalau boleh hujung minggu ni pergi tau!

Advertisement

1. Orchid’s Library Cafe, Gombak

orchid library cafe

Kafe ini dimiliki oleh seorang gadis bernama Dayana yang juga merupakan seorang pengulas buku terkenal di TikTok, di mana ia terletak di Jalan Gombak.

Orchid’s Library Cafe menawarkan pelbagai genre buku dan suasana santai. Menariknya, derma tiga buku, korang akan mendapat smoothie percuma tau. Menu mereka juga menampilkan minuman sihat dan pencuci mulut rendah kalori.

Waktu operasi – 2:30pm – 8pm

Instagram – https://www.instagram.com/orchidslibrary.cafe/?hl=en

2. MeTime Book Cafe, Petaling Jaya

metime book cafe

MeTime Book Cafe ini terletak di Jaya One, Petaling Jaya dan mereka menawarkan ruang peribadi dengan kusyen serta pod tidur untuk customer berehat sambil membaca.

Kalau korang nak cari ketenangan ketika membaca sambil menikmati kopi yang sedap, kafe ni memang terbaik sangat!

Waktu operasi – 11am – 8pm

Instagram – https://www.instagram.com/metime_bookcafe/?hl=en

3. Pages Book Cafe, Ara Damansara

pages book cafe

Kafe ini menggabungkan suasana minimalis dengan rak buku yang pelbagai, menawarkan tempat yang tenang untuk membaca sambil menikmati kopi dan pastri buatan sendiri.

Dengan suasana yang chill dan Wi-Fi percuma, tempat ni memang sesuai untuk korang yang nak buat kerja jarak jauh atau nak lebih fokus tanpa ada sebarang gangguan.

Waktu operasi – 9am – 10pm

Instagram – https://www.instagram.com/pagesbookcafe/?hl=en

4. Bookmark Coffee, Cheras

bookmark coffee

Kecil tapi cozy sangat! Untuk info ramai, Bookmark Coffee ada sudut bacaan bebas. Jadinya kalau korang spend masa lama-lama untuk menghabiskan bacaan buku yang sedang dibaca, memang ngam sangat.

Waktu operasi – 10am – 10pm

Instagram – https://www.instagram.com/bookmarkcoffee/?hl=en

5. First Step Coffee, Mont Kiara

first step coffee

Terletak di tengah-tengah bandar, First Step Coffee bukan sekadar tempat minum kopi, tapi tempat untuk “ambil nafas” sekejap dari dunia yang ‘laju’ ni.

Kafe ini juga menawarkan kopi seasonal yang berubah mengikut musim dan harga dekat sini, normal untuk seseorang yang sudah biasa cafe hunting. Di mana range harga dalam RM10 hingga RM15 secawan.

Waktu operasi – 9am – 7pm

Instagram – https://www.instagram.com/firststepcoffeemalaysia/?hl=en

dari malaysia ke china naiki kereta api
3 hours ago

Tak Perlu Naik Flight, Travel Dari Malaysia Ke China Naik Kereta Api Dengan Bajet RM536 Je!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...