Meskipun gagal memasuki tanah Gaza, semangat Caprice masih berkobar-kobar setelah hampir dua bulan berada di Mesir.
Terkini, penyanyi rap ini ada memberi bayangan akan pulan ke Malaysia dalam masa terdekat namun perlu menyelesaikan beberapa perkara penting berkaitan misi jangka panjang Road To Al-Aqsa 2040.
View this post on Instagram
Malah, dia juga sempat memberi ‘teaser’ lagu terbarunya hasil kolaborasi bersama beberapa artis di negara itu.
Saya benci apabila kata-kata saya menjadi kenyataan, korang nak kirim apa-apa tak dari sini? See you soon Malaysia, nak selesaikan kerja-kerja saya dulu baru saya balik.
Dia berkongsikan mengenai perkara itu ketika ditanya peminat mengenai kepulangannya ke Malaysia jika berlaku perubahan kepada kepimpinan kerajaan.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat Caprice teruja mendengarkan sedutan lagu terbaru tersebut.
Terdahulu, gara-gara menimbulkan kekecohan di media sosial berikutan pendedahannya mengenai sumbangan di Gaza yang turut membabitkan nama pendakwah terkenal, Ebit Lew, Caprice memaklumkan dia tidak akan balik ke Malaysia selagi kerajaan tidak bertukar.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonmanious
August 20, 2021 at 3:56 pm
Nak….! Nak kau mereput kat sana jgn balik. Balik sure org akan goreng kau sampai hangus.
brunes
August 18, 2021 at 11:44 am
sore loser tak payah balik lagi bagus
Anonymous
August 18, 2021 at 7:09 am
Itu lah motive dia sebenar nya. Nak buat lagu. Buat video clip pakai tampat plastine tu.
Anonymous
August 18, 2021 at 2:56 am
Berapa lama la kerja2 dia tu. 2 bulan x cukup ke buang masa? lol
Anonymous
August 18, 2021 at 12:42 am
Sibuk pulak buat lagu kat sana, betul tak daben?