Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa orang instafamous didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk merentas negeri menghadiri majlis perkahwinan rakan.
Bertindak di atas aduan orang awam, pihak polis sedang menyiasat kes mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat).
Dah bagi keterangan dekat polis
Susulan daripada itu, instafamous yang dikenali sebagai Ammar Azizzan tampil memberi respon berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Menurutnya, dia dan rakan-rakan telah pun memberi keterangan kepada polis.
“Korang merangkak la cari kita orang dekat padang masyar nanti. Kes ni masih dalam siasatan polis. Kami semua dah bagi keterangan dekat pihak polis.”
Tambahnya lagi, kes kini masih di dalam siasatan polis. Pihaknya akan membuat permohonan maaf jika didapati bersalah.
“Page-page media pun tak payah nak pandai pandai reka cerita. Tak yah nak buat palatou. Biar polis buat siasatan kalau kami salah. Kami semua akan minta maaf.”
Dia juga meluahkan rasa kesal kerana isteri-isteri turut terkena tempias kecaman daripada orang ramai.