“Korang Maki-Maki Dapat Apa? Dah Tak Suka Serba Tak Kena” – Abby Abadi Pertahan Nyanyian Nur Fazura

Hiburan

“Korang Maki-Maki Dapat Apa? Dah Tak Suka Serba Tak Kena” – Abby Abadi Pertahan Nyanyian Nur Fazura

Kemunculan kali pertama Nur Fazura di sebuah program hiburan di Indonesia sambil menyanyikan lagu single terbaharu ‘Bertahan Demi Cinta’ menjadi sorotan warga maya sejak semalam.

Lebih banyak kritikan negatif yang diterima aktress itu, pelakon dan penyanyi Abby Abadi dilihat tampil mempertahankan Fazura.

Advertisement

Abby abadi mempertahankan fazura

Kata Abby di satu hantaran Instagram Story, nyanyian Fazura tidaklah teruk seperti yang digambarkan kerana lagu duet tidak mudah disampaikan jika tampil solo.

Okay je, comel Fazura nyanyi. Lagu duet nyanyi berdua bukan senang nak dinyanyikan seorang. Lagi pula minus one kosong. Kira okay la kan. Bukan pertandingan pun.

Ramainya yang mencaci, memaki Fazura. Dia ke sana (Indonesia) dipanggil kerja, tentu ada bayaran. Silap-silap dibayar dengan USD. Korang maki-maki dapat apa? Dah tak suka semua benda tak kena, istighfar banyak-banyak.

Tulisnya lagi, netizen hanya tahu memaki apabila ada sesuatu yang tidak kena dan lebih baik beristighfar daripada membuat perkara tidak berfaedah seperti itu.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Fazura membuat penampilan sulung usai perceraiannya bersama aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Dalam temubual satu program hiburan di Indonesia itu, Fazura dilihat sempat mempromosikan lagu duet bersama Fattah yang berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ selain menzahirkan perasaanya setelah berpisah dengan suami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura live lagu Bertahan demi cinta
2 months ago

Sampaikan Lagu 'Bertahan Demi Cinta' Versi 'Live', Netizen Puji Keyakinan Nur Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...