“Korang Jangan Harap La Nak Buat Aku Koyak Dengan Komen Bahal*l Korang” – Jojo Ghazali

Kehidupan

“Korang Jangan Harap La Nak Buat Aku Koyak Dengan Komen Bahal*l Korang” – Jojo Ghazali

Atlet Muay Thai negara, Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan tersebut yang melemparkan komen negatif susulan kekalahannya baru-baru ini.

Jojo tewas dalam aksi One Fight Night 32 yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand malam semalam, ketika menentang wakil Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez. Kekalahan itu merupakan yang kedua dalam karier profesionalnya.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Instagram, Jojo menyatakan rasa kesal terhadap segelintir rakyat Malaysia yang memberikan komen yang tidak membina terhadap dirinya.

Menurutnya, walaupun tidak terkesan secara peribadi dengan komen tersebut, dia tetap berasa malu dengan sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah netizen.

Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri.

Jojo turut menegaskan bahawa mulai sekarang, dia akan memberi fokus hanya kepada dirinya dan mereka yang benar-benar menyokongnya.

Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul ‘support’ aku.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan pelbagai reaksi, ada yang memberi semangat dan ada juga yang berseloroh.

Relax Jojo, abai je semua tu. ‘Time’ naik orang sanjung time jatuh orang kutuk tu macam lumrah pulak ek. Jalan terus bro. Ada ramai lagi Malaysian yang ‘support’ kau,” kata @Assapiko.

Relax lah Jojo dengan mulut orang Malaysia. Israel pun koyak kena hentam dengan orang Malaysia,” seloroh @Muhammadaizatismail.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

akiko pusara luas lot sebelah tak dapat korek
25 mins ago

"Allah Nak Tunjuk Lapang Pusaranya.." - Ridzuan Okumura Kongsi Keadaan Lot Sebelah Pusara Akiko Tidak Dapat Dikorek

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...