Korang Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Tahun Hadapan

Travel

Korang Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Tahun Hadapan

Bercuti sambil bekerja di luar negara memang satu perkara yang seronok dan buat ramai orang teruja.

Mestilah seronok, bukan saja dapat mengembara ke negara orang, tapi sambil-sambil tu boleh juga buat kerja sampingan dan tambah duit. Kami ada berita baik untuk korang yang memang suka sangat bercuti dan teringin nak rasai pengalaman bekerja di negara orang.

Advertisement

Sumber: Stay travel

New Zealand pasti menjadi lokasi terbaik untuk penuhi impian korang tu. Jabatan Imigresen New Zealand akan membuka permohonan working holiday visa tahun hadapan untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 30 tahun.

Memang satu peluang yang menarik!

Sumber: Immigration New Zealand

Visa ini bertujuan untuk membantu golongan muda di Malaysia untuk datang ke New Zealand dan merasai pengalaman baru yang mengujakan tapi dalam masa yang sama masih boleh bekerja.

Penggunaan visa ini hanya untuk tempoh tinggal di sana selama enam bulan sahaja sama ada bekerja, belajar, kursus atau latihan. Tetapi korang hanya bekerja secara sambilan sahaja di sana dan sesiapa yang ingin memohon visa ini tidak boleh terima tawaran kerja tetap atau bekerja secara tetap.

Tetapi tak semudah itu ya kalau nak mohon, korang perlu ada sekurang-kurangnya NZ dollar $2,250 atau bersamaan RM 6130 sebagai duit perbelanjaan sepanjang korang menetap di sana nanti dan akan disahkan sebaik korang tiba di New Zealand.

Sumber: Tripzilla

Ini antara syarat-syarat lain yang perlu korang perlu take note sebelum memohon working holiday visa ni:

  • Warganegara Malaysia dengan passport yang sah dan belum tamat tempoh.
  • Pemegang tiket penerbangan pergi dan balik ke New Zealand atau sudah mempunyai wang cukup untuk membeli tiket.
  • Sihat tubuh badan.
  • Tidak pernah memohon mana-mana working visa sebelum ini.
  • Kerja yang ingin dilakukan perlulah kerja yang sah.
  • Tidak boleh membawa anak korang sekali.
  • Pasangan perlu mohon visa mereka sendiri secara berasingan jika ingin pergi bersama ke New Zealand.
  • Tidak boleh menawarkan perkhidmatan seks komersial.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian dengan bayaran NZ $ 208 (lebih kurang RM 860) yang perlu dibayar menggunakan kad kredit. Permohonan akan diproses dalam masa 21 hari dan korang akan dihubungi melalui e-mel.

Korang dinasihatkan agar menyediakan semua dokumen kerja dan perjalanan ketika permohonan kerana mungkin akan diminta sebagai bukti. Kuota untuk visa ini terhad hanya kepada 1,150 rakyat Malaysia sahaja setahun dan permohonan hanya akan dibuka pada 23 Januari 2019, jam 5 pagi waktu Malaysia.

Untuk korang yang betul-betul nak mohon working holiday visa, ni ada beberapa tips untuk korang ikut.

Buat kajian yang lengkap

Perkara pertama yang korang perlu buat sebelum memohon visa ni ialah buat kajian yang betul-betul lengkap tentang lokasi yang nak dikunjungi, jenis kerja, tempat tinggal dan sebagainya. Tak semua kerja ada setiap masa, ada sesetengah kerja bergantung kepada musim, jadi persiapan awal sangat penting supaya tak berlaku apa-apa perkara yang tak diinginkan di sana nanti.

Sediakan beberapa browser pada hari permohonan visa

Ini juga sangat penting kerana biasanya line dan sistem akan menjadi sangat sibuk pada waktu dan hari tersebut. Jadi sebaiknya korang bolehlah meminta pertolongan rakan untuk isikan borang permohonan bagi pihak korang sebagai persediaan sekiranya ada yang tak boleh masuk ke laman web tersebut, sekurang-kurangnya ada back up kan.

Cari partner

Kalau boleh, korang carilah kawan-kawan atau keluarga yang nak join sekali mengembara ke New Zealand. Lebih ramai lebih elok sebab korang boleh jimat banyak dari segi kos tempat tinggal, kereta, dan duit belanja di sana.

Jadi, apa tunggu lagi, sempat lagi nak rancang perjalanan dan kumpul duit untuk pengembaraan ke New Zealand ni. Selamat mencuba!

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...