Kopi Campur Peluntur: Syarikat Pertahan Produk, Selamat Untuk Diminum

Trending

Kopi Campur Peluntur: Syarikat Pertahan Produk, Selamat Untuk Diminum

Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan berada dipasaran sekarang. Cara marketing syarikat-syarikat tersebut ialah mempertaruhkan testimoni yang kononnya berjaya jadi cantik dan kurus hanya kerana mengamalkan produk tersebut.

Kebanyakan produk kecantikan tempatan tidak diiktiraf oleh jabatan kesihatan tetapi orang ramai masih terpengaruh dan membelinya tanpa berfikir panjang.

Advertisement

Baru-baru ini satu kes yang melibatkan seorang pengguna wanita yang terpedaya dengan taktik penjualan kopi yang kononnya boleh membersihkan racun dan toksik dalam badan. Dia terpaksa dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas gara-gara terpedaya dengan keberkesanan kopi itu.

Wanita tersebut telah mencampurkan kopi dengan cecair peluntur dan turut mempertaruhkan nyawa anak lelakinya yang berumur 8 tahun yang juga meminum kopi tersebut.

“Saya pun tidak tahu kerana saya ni orang kampung sahaja, saya tidak tahu yang minum peluntur itu bahaya.

Saya rasa sesak nafas dan seperti ‘putus’ nyawa. Anak yang berusia lapan tahun pun turut ikut saya minum sekali.”-Dipetik dari Mstar Online

Penjual kopi pula pernah menunjukkan demo di facebook untuk mencampurkan kopi tersebut dengan cecair peluntur hanya untuk membuktikan keberkesaannya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa pengguna.

Selepas itu semalam, seorang ejen kopi tersebut mengeluarkan kenyataan yang dia bukan sahaja jual produk itu tetapi juga telah minum kopi tersebut bersama peluntur sebanyak 11 kali tetapi tiada kesan sampingan langsung kepada dirinya.

“Saya sudah 11 kali minum kopi campur peluntur, tiada apa-apa kesan sampingan kerana kopi berkenaan mampu meneutralkan bahan peluntur termasuk racun atau bisa binatang.

Saya terkejut bila berlaku kes di mana wanita berkenaan memberitahu hampir hilang nyawa selepas minum kopi campur peluntur itu sedangkan orang lain tidak pernah ada sebarang masalah.”-Dipetik dari Sinar Harian

Pihak syarikat membidasnya dengan mengeluarkan kenyataan di facebook mereka tentang isu yang tular itu. Mereka menulis yang kopi tersebut tiada campuran peluntur atau mana-mana bahan larangan dan meminumnya dengan cecair peluntur hanya untuk demonstrasi sahaja.

“Untuk pengetahuan semua pengguna, green35 adalah minuman kopi yang berasaskan dari herba serta di proses menggunakan teknologi nano 

Mengenai green35 perlu diminum dengan peluntur, ini adalah tidak benar sama sekali. Semua itu hanyalah demostrasi semata-mata.”

Kami berharap agar anda lebih bijak memilih produk kesihatan atau makanan tambahan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang anda tengok si sosial media semata-mata. Lebih elok untuk research dahulu sebelum membelinya.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...