Daripada tidak dikenali, nama Natasha Elyzza kini begitu popular gara-gara video “Bigo”nya yang menunjukkan gadis mirip Fathia Latiff dalam keadaan yang seksi menjadi tular baru-baru ini. Malah Natasha sendiri memakai pakaian yang agak seksi ketika video tersebut disiarkan secara langsung. Gara-gara “Bigo Live”, nama Fathia Latif turut tercalar walaupun belum ada pengakuan daripada pelakon itu tentang kesahihan identitinya di dalam video tersebut.
Selaku seorang rakan artis, Tiz Zaqyah telah meluahkan isi hatinya kepada Natasha Elyzza berhubung kontroversi ini. Tiz Zaqyah telah menulis kata-kata kritikan dan hentaman kepada Natasha menerusi ruangan ‘IG Story’ di akaun media sosial Instagramnya.
Tulis Tiz Zaqyah:-
Kepada Natasha Elyzza. Awak boleh buat apa sahaja yang awak nak buat tetapi perlu ke awak rakam secara ‘live’? Nak tunjuk kepada satu dunia? Sekarang tengok, siapa yang dipersalahkan? Fikir. Terima kasih.
Sebab itulah mak ayah Abang Nara selalu berpesan, kalau nak cari kawan, biarlah cari kawan yang baik. Jangan cari kawan yang mampu merosakkan dan menjatuhkan nama baik kita. Kawan gembira senang dicari, kawan menangis memang susah. Harapnya kontroversi ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati memilih kawan. Sumber Astro Gempak.