Hangat diperkatakan di media sosial tentang aktres Sophia AlBarakbah apabila Bella Astillah mendedahkan tentang pengakuannya ‘tersuka’ Aliff Aziz selepas bergandingan dalam sebuah drama.
Tidak memberikan sebarang kenyataan namun Sophia dilaporkan tidak hadir ke sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu dan memberikan alasan sedang menjalani penggambaran.
Sejak pendedahan Bella itu, media sosial Sophia menjadi perhatian dan diserang ramai netizen yang menyindirnya supaya profesional serta tidak ‘menyondol’ suami orang.
Bukan itu sahaja, segelintir netizen sempat berseloroh dan mencadangkan agar dia cuba ‘mengorat’ Syamsul Yusof atau bapa mentuanya, Kazar Saisi.
Malah, sesetengah netizen seakan-akan mahu isteri kedua Syamsul, Ira Kazar merasakan bagaimana perasaan suami dirampas orang lain.
Boleh cuba Sol sis. Biar Ira rasa.”