(MISTERI)S. Atan Dan Kak Pah, Siapa Yang Bersalah?

(MISTERI)S. Atan Dan Kak Pah, Siapa Yang Bersalah?

s atan sharifah aini

Minggu ini yang paling hangat sudah semestinya kes tuntutan RM 83,000 Kak Pah kepada S. Atan. Kononnya ditipu oleh S.Atan semasa nak wat master tape untuk album baru dia.

Advertisement

S. Atan dah pun wat kenyataan balas balik kepada Kak Pah. Pastue Kak Pah pun dah balas balik kenyataan S. Atan tue. Korang follow jerlah kronologi putar belit antara 2 orang nie. Siapa yang bersalah? Anda tentukan.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca kenyataan kedua-dua manusia ini.

Kenyataan Kak Pah di Harian Metro: 19 Jun 2009

[note]Serahkan kembali wang RM83 ribu sebelum 30 Jun ini… Jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang! Saya ada mendengar komposer berkenaan pernah buat hal sebelum ini dan menipu beberapa artis serta syarikat rakaman. Begitupun saya tidak menyangka dia berani melakukan perkara sama kepada saya. Saya memang tidak percaya dia sanggup menipu saya.Saya percaya dia mampu membayarnya kerana memiliki rumah besar dan kereta mewah.[/note]

Kenyataan balas balik dari S. Atan Harian Metro 22 Jun

[note]Sejak 40 tahun menceburi bidang ini, saya tidak pernah menipu sesiapa, tanya mana-mana pihak dalam bidang ini. Dia juga mengeluarkan kata-kata sinis mengenai pendapatan saya dan cara saya mencari rezeki untuk keluarga. Kenapa mahu kaitkan keluarga saya sedangkan perbalahan ini antara saya dan dia. Melalui media, dia mendakwa sudah merujuk susunan muzik dalam master tape kepada 20 komposer. Jadi saya cabar dia panggil komposer berkenaan, seorang pun cukup untuk berjumpa saya untuk memastikan dia seorang professional supaya kita boleh sama-sama tentukan sama ada saya yang menipu atau dia yang bermasalah.[/note]

Kak Pah balas balik 23 June 2009 Harian Metro

[note]Kalau dia gentleman, dia tidak perlu bergaduh dengan seorang wanita seperti saya. Bagi saya, S. Atan terlalu emosional dan ini membuatkan dia jadi defensive. Saya tidak pernah kata S. Atan menipu tetapi saya rasa tertipu. Saya ada bukti, bodohlah saya kalau mahu bercakap tanpa bukti.[/note]

Kenyataan BeautifulNara 24 June di blog ini

[note]Rasanya Kak Pah nie saja nak carik publisiti murahan. Al-maklumlah semenjak dua nie dah tak ada cerita pasal dia. Yang peliknya dia yang start cari gaduh ngan S. Atan, tetiba dia kata S. Atan tak gentleman nak carik gaduh ngan wanita. Apa kejadahnya? Teringat kontroversi dulu-dulu kononnya Kak Pah kena pukul kat Sri Pentas padahal tak ada apa-apa pun. Memang gile publisiti murahan kot Kak Pah nie.[/note]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...