Kontroversi Rumah Tangga, Along Cham Dakwa Isteri Masih Tinggal Dengan Bekas Suami

Hiburan

Kontroversi Rumah Tangga, Along Cham Dakwa Isteri Masih Tinggal Dengan Bekas Suami

Kes pengesahan taklik membabitkan pelawak terkenal Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, masih belum menemui jalan penyelesaian meskipun sudah berlarutan hampir lapan bulan.

Menurut Along, dia terpaksa berdepan kecaman netizen yang hanya mendengar sebelah pihak, khususnya kenyataan isterinya, Afreena Suhaimi, yang didakwa sering mengundang salah faham terhadap dirinya.

Advertisement

Setakat ini mental saya masih kuat sebab berada di pihak benar, cuma kesian bila keluarga turut jadi mangsa cercaan.

Along turut menegaskan bahawa sepanjang prosiding mahkamah, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan peribadi kepada media kerana memilih untuk menyerahkan segalanya kepada peguam.

along cham

Along ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang bersama peguam, ibunya, anak tunggal Ahmad Daniel, 14, serta seorang saudara. Dia berharap Hakim dapat membuat keputusan segera selepas menunggu begitu lama.

Untuk rekod, Along memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik terhadap Afreena pada Januari lalu, mendakwa isterinya melanggar tiga syarat taklik termasuk berlaku curang. Pasangan ini bernikah pada April 2024, namun perkahwinan mereka mula goyah tidak lama selepas itu.

"Ambil Air Kencing Saya Sekarang, Kalau Negatif Saya Kencing Depan Muka Dia" - Along Cham
2025-07-03 17:02:31

"Ambil Air Kencing Saya Sekarang, Kalau Negatif Saya Kencing Depan Muka Dia" - Along Cham

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...