Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kontroversi Lagu “Hidup Dalam Mati”, Syamel Tarik Diri Dari Muzik-Muzik

Nampaknya impak kontroversi yang menimpa lagu “Hidup Dalam Mati” nyanyian Syamel baru-baru ini begitu hebat sehingga penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di dalam Separuh Akhir Kedua Muzik-Muzik 31 (SFMM31) baru-baru ini. Untuk makluman, sebelum ini Ayai Ilusi telah tampil membuat pendedahan melodi lagu itu mempunyai persamaan dengan lagu ciptaannya, Ku Kejar Bayangmu yang dinyanyikan finalis Kilauan Emas 3, Idris.

syamel af

Advertisement

Ini sudah tentu satu kerugian besar kerana lagu Hidup Dalam Mati memang mempunyai lirik dan melodi yang padu serta mantap. Memang boleh sampai ke Anugerah Juara Lagu lah. Ditanya tentang penarikan ini, Syamel enggan memberikan sebarang komen. Kata Syamel:-

Betul saya tarik diri, tapi buat masa sekarang saya tak nak komen lagi. Biarlah Abang Edry yang jawab nanti

Sementara itu, Ayai Ilusi mengakui akur dengan keputusan yang telah diambil oleh penerbit lagu tersebut iaitu DD Music. Kata Ayai:-

Seboleh-bolehnya saya meminta Syamel untuk meneruskan persaingan di pentas separuh akhir malam ini. Tetapi pihak penerbit membuat keputusan untuk menarik diri.

Selaku komposer bersama saya perlu akur dan menerima keputusan itu dengan lapang dada. Bukan apa, saya percaya keputusan itu adalah jalan terbaik untuk kami.

ayai ilusi

Sudah tentu “timing” untuk kontroversi ini menimpa lagu Hidup Dalam Mati tidak berapa cantik apatah lagi ketika pemilihan untuk ke AJL31 sedang berlangsung. Inilah yang dikatakan tiada rezeki. Diharap semua pihak yang terbabit akan bersabar dengan dugaan sebegini. Insya Allah ada rezeki di tempat lain. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top