Kontroversi Kim Sae-ron, Netizen Malaysia Desak Hentikan Kim Soo-hyun Jadi Duta CUCKOO

Dunia

Kontroversi Kim Sae-ron, Netizen Malaysia Desak Hentikan Kim Soo-hyun Jadi Duta CUCKOO

Sejak minggu lalu, perbincangan hangat terus berlarutan mengenai kontroversi yang melibatkan Kim Soo-hyun.

Segalanya bermula apabila ibu saudara mendiang mendedahkan bahawa pelakon itu pernah menjalin hubungan dengan Kim Sae-ron sejak wanita tersebut berusia 15 tahun, sementara Kim Soo-hyun ketika itu berumur 27 tahun.

Advertisement

Lebih mengejutkan, ramai mendakwa bahawa dia menjadi punca utama mendiang mengambil nyawanya sendiri setelah ditinggalkan dalam keadaan dibebani hutang bersama agensi miliknya.

Sebagai ‘pelakon termahal di Korea’, Kim Soo-hyun memiliki pelbagai kontrak penajaan merangkumi jenama mewah, kewangan, kosmetik, dan runcit. Namun, dengan tercetusnya kontroversi ini, banyak pihak berpendapat bahawa imejnya kini tidak lagi selari dengan nilai-nilai jenama tersebut, khususnya dalam sektor kewangan yang menekankan reputasi positif.

@haery_dean

Kim Soo Hyun @ Cuckootopia Kuala Lumpur 16 Nov 2024 CUCKOO10thAnniversary CUCKOOTOPIA SAMASAMAHealthier KimSooHyun SitiNurhaliza KualaLumpur

? original sound – Haery | EmployeeOfTheYear – HAERYYYYYY | EmployeeOfTheYear

Di Malaysia, jenama perkakas rumah terkenal CUCKOO turut menerima tekanan daripada peminat tempatan yang mendesak agar pelakon itu digugurkan sebagai duta jenama mereka.

Dengan semakin ramai menyuarakan gesaan agar Kim Soo-hyun diturunkan, perhatian kini tertumpu kepada tindakan yang bakal diambil oleh CUCKOO. Tambahan pula, beberapa jenama terkenal seperti PRADA, Homeplus, dan Tous Le Jours telah pun menamatkan kontrak mereka dengan pelakon tersebut berikutan kontroversi yang semakin hangat diperkatakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Video muzik mimi fly serumpun tidak boleh diakses
5 hours ago

Gara-Gara Berkemban, Video Muzik Lagu Raya Serumpun Sudah 'Lesap' Di YouTube

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...