Penyanyi lagu Menangis Dalam Hujan, Datin Seri Syella Kamaruddin mengakui dirinya terkejut apabila namanya menjadi sebutan dalam kalangan netizen berikutan kontroversi yang menimpa rumah tangga bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Syella menulis nota panjang di Instagram yang menafikan bahawa dialah sebenarnya wanita yang menjadi mangsa pukul bekas KPN itu.
Akak pun tertanya-tanya. Tiba Instagram TikTok kena stalk (intai). Kes apa? Lahh nama kena petik viral pulak akak tiba-tiba. Lepastu akak cakap cuba panggil nama akak sekali lagi DS ke PS, jadi fikir logik akal na..
Tambahnya lagi, dia turut menerima kiriman WhatsApp yang bertanyakan mengenai isu yang sama.
Dia dalam pada itu sempat memaafkan sesiapa sahaja yang menabur fitnah terhadap dirinya. Malah, ruangan komen turut dipenuhi dengan penafian oleh peminat serta pengikut Syella yang mengetahui bahawa dia bukanlah wanita yang dikatakan isteri kepada Tan Sri Musa Hassan.
Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih dari lelaki. Dia tak peduli la kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak heran. pic.twitter.com/3hCZipa5LX
— Mak Cik Bawang (@makcikbawangmu) March 7, 2023
Mengimbas kembali, Syella pernah mencetuskan kontroversi dan spekulasi apabila dia bersanding sendirian di pelamin gara-gara enggan mendedahkan identiti suaminya kepada umum.
Majlis perkahwinan Syella dengan VVIP itu juga telah menelan belanja sebanyak RM15 juta selain rumah dan kereta mewah sebagai hantaran.
Sehingga ke hari ini, identiti suami penyanyi itu masih kekal misteri.