Kontroversi Hutang Intan Najuwa, Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara – “Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu”

Hiburan

Kontroversi Hutang Intan Najuwa, Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara – “Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu”

Kecoh mengenai isu hutang melibatkan pelakon Datin Intan Najuwa di mana aktres itu sebelum ini mendedahkan pereka fesyen terkenal Malaysia telah lari daripada melunaskan hutang yang dijanjikan.

Terdahulu, nama pereka fesyen Rizman Razmi disebut-sebut sebagai individu yang dimaksudkan Datin Intan Najuwa.

Advertisement

Namun, Razman Razmi tampil menafikan sekerasnya dakwaan tidak berasas itu.

Terbaru, pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini tampil memberikan respon serupa.

Ketika dihubungi media, salah seorang pengasas jenama itu, Rizman Nordin, berkata dia tidak tahu mengenai isu yang hangat diperkatakan itu.

Saya tiada kenyataan apa-apa sebab tak tahu menahu tentang isu berkenaan.

Tak tahu pun adakah ianya berkaitan dengan Rizman Ruzaini.

Intan Najuwa menerusi beberapa hantaran di media sosial mendedahkan bahawa dia telah berusaha menyelesaikan isu itu secara baik tapi memilih untuk bersuara selepas kesabarannya hilang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sabronzo dash berlin
2025-09-28 09:51:31

"Dia Kahwin Family Tak Pergi Ke?" - Penampakan Sabronzo Dengan Dahs Berlin Di 'Airport' Kuatkan Spekulasi Dah Nikah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...