Portal berita Free Malaysia Today (FMT) tampil membuat permohonan maaf susulan tindakan seorang wartawan mereka yang mengajukan soalan dikatakan berunsur perkauman dalam satu wacana terbuka pada Isnin lalu.
Wacana bertajuk “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” itu turut menampilkan ahli politik United Kingdom, George Galloway.
Pengerusi Eksekutif FMT, Nelson Fernandez menegaskan pihak pengurusan tidak mengetahui niat sebenar soalan tersebut diajukan dan tidak bersetuju dengan kenyataan atau komen yang dibuat oleh wartawan berkenaan.
Menurut beliau, tindakan segera telah diambil dengan memulakan siasatan dalaman sebaik isu itu menjadi perbincangan hangat di media sosial.
@izati.nur.15 200 28 30 themerdekatimes: Ketika sesi soal jawab bersama tokoh aktivis politik Britain, George Galloway, seorang wartawan daripada portal berita Free Malaysia Today (FMT) didakwa bertanya samada dasar apartheid serta diskriminasi Isr4el terhadap rakyat Palestin menyerupai cara orang Melayu melayan masyarakat Cina di Malaysia. @Izati Nur 13 ???? @Palestine Insight 2 ????
? original sound – Palestine Insight ???? – Palestine Insight ????
“Ia membawa kepada tindakan tatatertib terhadap wartawan berkenaan. Proses tersebut sedang berjalan dan FMT tidak akan memberikan ulasan lanjut mengenai perkara ini buat masa sekarang.”
“Ketika siasatan, FMT mendapati bahawa, berbeza dengan kenyataan yang dibuat oleh pelbagai pihak di media sosial, wartawan berkenaan tidak menggunakan perkataan ‘apartheid’ di forum tersebut,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Nelson mengakui bahawa soalan dan komen yang dikemukakan mengandungi elemen sensitif.
Menurutnya, sebagai sebuah organisasi berita yang bertanggungjawab, FMT tidak melaporkan atau menyokong pertanyaan sedemikian.
“FMT kesal atas kesulitan yang dicetuskan oleh wartawan kami terhadap penceramah forum, penganjur, para hadirin dan rakyat Malaysia secara amnya. Kami secara tulus ikhlas memohon maaf kepada mereka atas sebarang kesulitan yang timbul,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
