Written by Bella | April 4th, 2018

Viral sebelum ini apabila penyanyi Aiman Tino didakwa telah ditampar oleh seorang pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud ketika di set penggambaran drama bersiri popular Mak Cun musik ke 4. Ia menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah pihak pengurusan Aiman yang dikatakan mahu mengambil tindakan terhadap Fazlina.

Turut terkesan dan kecewa dengan berita ini, kakak kepada Fazlina iaitu Ogy Ahmad Daud tampil mempertahankan tindakan adiknya itu. Menurut Ogy, Fazlina tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya memenuhi tuntutan skrip.

Apabila mendapat tahu mengenai insiden itu di laman YouTube, saya terus bertanya kepada Baby, apa yang cuba dilakukannya? Setahu saya, dia bukan guru lakonan dan perbuatannya itu boleh memalukan arwah emak dan ayah.

Baby, bagaimanapun menafikan perkara itu. Dia memberitahu babak melempang itu bukan dilakukan sekuat hati seperti yang digembar-gemburkan. Dia sebaliknya, hanya menolak pipi Aiman dengan jari.

Ogy turut bertemu dengan penerbit dan pengarah drama Mak Cun iaitu Erma Fatima bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Menurut Erma, Fazlina tidak mempunyai sebarang niat untuk bersikap diluar kawalan tetapi cuma ingin melahirkan mood sedih agar Aiman dapat menghayati babak yang perlu beliau lakonkan.

Terdahulu, Fazlina menerima kecaman teruk daripada netizen yang menganggap perbuatan beliau itu tidak wajar. Namun, Aiman ada juga memberitahu beliau tidak kisah ditampar demi “menghidupkan” lagi lakonannya itu. Malah, kedua-duanya telah berpelukan dan memohon maaf setelah selesai penggambaran babak berkenaan.

Sumber Berita : BH ONLINE & HARIAN METRO

49 responses to Kontroversi Fazlina Tampar Aiman Tino Tidak Patut Timbul, Dia Hanya Ikut Skrip – Ogy Ahmad Daud

  1. cikkiah says:

    dia sendiri pun berlakon bukan bagus sgt pun..hehe

    4

    23
    • Anonymous says:

      diri sendiri pun berlakon mcm kayu..nk tmpar anak org

      1

      26
      • Pattah Kunyit says:

        Pengurus AT lebih2. Kan diorang dah minta maaf sama2. Lagi2 AT sendiri tak kisah. Ni yg pengarah malas nak ambil pelakon macamni kalau pengurus “lebih sudu dari cawan mangkuk sudip”. AT baru nak berjinak dalam bidang lakonan. Manatau dapat kalahkan Pattah Kayu Cendana. Sepatutnya dulu Pattah Kayu Cendana yg wajib ditampar sebab kayu. Sekarang org kata lakonan dia dah ada perubahan. Oklah tu. Kalau masih kayu jugak mmg patut dia ditampar. Lol.

        26

        2
      • Anonymous says:

        aiman tino tu yg KAYU! terima la hakikat.

        7

        8
        • Anonymous says:

          ala..budak kenalh di ajr..ajar pulak jgn lah mcm org tu x ada hati dn perasaan

          3

          0
    • Opah maheran says:

      Penat opah carik mne 1 baby, ingatkan aiman tino. Rupenye adik ogy..

      22

      0
      • SuperFox says:

        Huahahaha ini serious kelakar! Baby x Baby la Opah, masalahnyer kene ke Ogy nak enter frame sbb insiden ni xde kaitan dgn Ogy pun sebenarnya. Si Baby pun xde nak kecoh2, akak si Baby ni yg lebey2 :) Apa2pun nama Opah mmg sedap!

        6

        0
      • zarikalila says:

        haha. ye ah. beza umur dorang jauh gak. dekat 20 tahun kot beza umur. memang adik manja ah ni

        2

        0
    • aku says:

      u ar wrong! fazlina berlakon mmg power. aiman tino tu bkn saingan apatah lagi layak dibandingkan. kot iye pon peminat fanatik aiman tino jgn la sampai ‘buta’ dik oii!

      45

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      cite dh habissss aiman pon dia dh ok so jangan tambah lagi n bercerita pasal ni betol tak aiman ? kakak suka nyanyian aiman..ingattttttttt !! jangan nak bermateair eh ! beli rumah sendiri n simpan duit sendiri ..muka tu dh hensem mesti mau simpan duit..jangan nanti ada yg cakap harap muka aje hensem tapi sengkek…lov aiman…

      0

      0
  2. Anonymous says:

    cikkiah… best la dia belakon…

    23

    0
    • Anonymous says:

      Tah, Fazlina sangat power berlakon and very versatile. Jadi jahat boleh, jadi baik boleh, jadi orang gila boleh. Tak pandai judge, ko DIAM.

      63

      0
      • Anonymous says:

        itu dia blakon..tapi kenapa tmpar anak org…ha

        1

        7
        • Anonymous says:

          dia bukan tampar ngok… baca pakai spek 10inci ker camne kesian plak aku baca stat ko… kan dia tolak pakai jari… actually tak smpi merah ke sakit ker.. over ko ni.. buat ramai tak ingin tgk drama tu

          17

          0
      • Bungataikayam says:

        Much100x Better than the ‘legendary and talented’ Ogy. She has her magnificent aura when she carries her characters given. I never like and trkesan watak2 Ogy.

        0

        0
    • Amy the cockroach says:

      Agree, dia berlakon mmg best.. lakonan pertama dia yg aku tgk… drama ramadan dgn tasha shila tu, xtau lagi yg dia tu adik ogy.. mmg stand out lakonan dia… n kalau x silap dia baru lagi masa tu.

      16

      0
      • Damien thomas says:

        7lama juga dia ada belakun drma…drama mencari …tah lupa tajuk..mak dia dlm drama tu..pun lupa..ada berkautan dgn agama juga lah..mak dia Sapura ..sebagai perempuan mlm.. tapi ada bapa saudara lakonan Mat Over…cacat sikittapi memang lakonan Fazlina memang best..not over ..

        5

        0
  3. Anonymous says:

    over peminat aiman tino ni.. jenis dak2 wechat melalak
    sendiri xreti jiwa watak pelakon lain dpt tempias.. buat malang kt org jer.. nyanyi jer lah xyah berlakon..

    21

    0
  4. love pinky says:

    Dia berlakon mantap

    8

    0
  5. Diri Ini says:

    peminat yg melebih2…gara2 peminat jugak artis kena kecam..aduhai…

    4

    0
  6. bawang tino says:

    strategy marketing je tu…

    2

    0
  7. kreuk says:

    1) Fazlina berlakon ok. watak-watak dia menjadi baik yg ringan mahupun berat.

    2) orang lain berlakon, ko pun nak berlakon. takat kena tampar sikit dah nak saman, siap fan club pun acah2 backup lebih2. to aiman tino, baik tak payah jd pelakon la ranting kayu. nyanyi je la.

    18

    0
    • wekkkkkkk says:

      Industri hiburan/lakonan perlukan muka2 baru, muka lama2 jdi watak smpingan je coming soon.
      Sbb tu bakat perlu diasah. Diasahpun bukn sembarangan nk diasah. Kalau kamu nk asah pisau/parang, dh tentu kamu pun berhati2kan. Tak pasal2 tergelincir dn terhiris kulit.
      Nk asah anak org pun bkn main tibai je..asah guna fikiran dn ajaran yg betol. Manusia ada hati dn perasaan.
      Pisau mana ada perasaan.

      0

      11
  8. Anonymous says:

    alahai baru kena tampar2 manja da nak kecoh, org tu nak menolong ko hayati watak marah and sedih dlm mase same, belum lagi ko kena maki hamun dgn director2, menyanyi pon suara sengau ada hati nak jadi pelakon. cukup2laa pelakon2 kayu yang ada, takyah laa ko nak tambah rasa menyampah aku nak tgk drama melayu.

    12

    0
  9. Anonymous says:

    bodohnya fan bawah umur, netizen dgn pihak pengurusan aiman yg dok kecam fazlina issue tampar ni. manja sgt.. kalau pelakon oversea buat betul2 kot. tak ada issue pun.. setakat tampar. bkn lg scene tumbuk, terajang, duduk atas rumput, duduk dlm lumpur, kena terjun dalam kolam macam scene drama korea. terjun waktu sejuk plak tu.. patut la pelakon baru kebudakan semua tak ada low grade. buang duit industri yang sponsor!

    8

    -1
  10. abam abc says:

    Orang yang tahu cerita yang sebenar benarnya ialah orang yang ada pada hari kejadian..

    Kalau sesiapa nak merasa kena lempang, berjumpalah dengan Fazlina Ahmad Daud

    0

    4
    • Anonymous says:

      kalau semua kumpul di tempat kejadian..nnti kena halau..korang pun tau kan..org nk buat drama..dan2 tu berpusu2 nk tengok..bila berkumpul kena halau pulak.
      mcm mana nk lihat kejadian real depan mata.

      1

      0
  11. rock oooo says:

    klu xblh bwk watak mmg kena penampor tros.. klu x suka,, jgn brlakon.

    0

    0
  12. kui3 says:

    agak2 pas kena tampo dek kak fazlina tu suara eman makin sedap x kih3
    #tanyaje

    2

    0
  13. Anonymous says:

    Helllo!! cik kiah..Fazlina ni pernah menang Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Skrin 2016 la..yg berlakon kayu/batu tu si aiman tino idola kau tu..

    4

    0
  14. Anonymous says:

    tu baru kena tampar sikit aje. belum kena pukul dengan pengarah. kan dulu ada kes pengarah pukul pelakon kerana utk dapat kan feel..hahahaa..

    1

    1
  15. shopia lorren says:

    Dah nak jadi pelakon tu kebal lh sikit..baru kena penampar tgn auntie fazlina dah kecoh saman bagai..ikut skripkannn..kau tu lelaki..lembik cam sajat lak..kesan tampar tu sapu minyak gamat ke minyak kapak sudahlh..

    6

    0
  16. Anonymous says:

    pengajaran tuk sume pengarah… banned jer lah aiman tino adegan kecik jer pun penuh drama… cari lah pelakon lain yg berkaliber.. xyah lah amik jenis2 ni disukai fans mcm monyet… buat nama busuk kt pelakon yg beri ilmu… baru 1 drama busukan 1nama..

    1

    0
    • Damien thomas says:

      Teringat cerita arwah Seniwati hebat Mariani..entah lupa drama..ada pelakon Maya Matahari…memang arwah nmpak kecik hati…sebab pelakun maya tu jatuh lumpur tak mau tak cantik..itu yang muka kena tepung gamdum sikit…sebab nya tak mau tak di lihat cantik….jatuh lumpur muka kena tepung gandum…kayu juga maya tu

      2

      0
  17. daon kesom says:

    Kesom tengok citer luar negara turkey, iran, russia…babak kena penampar diorg mcm nak retak tengkorak. Kalo mcm tu kat malaysia ni tukar la pulak, tiup je laju2 kat pipi..mcm tiup kayu apu nak bagi menyala…buat mulut mcm ikan tgh hembus air hahaha

    3

    0
  18. Anonymous says:

    Tak pernah tak over

    1

    3
  19. Mat Ronggeng says:

    Alhamdulillah. Ada jugak pelapis Ogy dan keluarga Ahmad Daud….
    Kalau kakak dia Ogy… Takde nya dia nak kasi adik dia berlakon kalau setakat nak cari duit pocket… fazlina ni memang berbakat besar…. Gossip mengarut yg ni satu je…
    Producer producer filem…. Please take note. We want quality actress in our TV drama and film.

    4

    0
  20. Anonymous says:

    fazlina ni datin

    0

    0
  21. King9x says:

    Pelakon dlu kena tampar betul2 lagi truk.tgok la crita lela manja .arwah bat latif. Huhu.watak kena hdup. Lani kena tolak pun x bleh hahahahah.rase2 kalo arwah normadiah ade.rase nye lgi masak

    2

    0
  22. thuglife says:

    kalo x boleh kene jentik,baik x payah belakon dik oi..org berlakon ko pun nak blakon.. patutnya dr hari tu lagi isu nie x payah pun ko dok pung pang kat media dik oi.. nk belakon..blakon jer la.. yg kene skrng sapa? x ke Fazlina??

    1

    0
  23. anon says:

    Bukan ke adegan tampar tu ada dlm skrip, kenapa org luar pulak yg kecoh.
    Aku lagi menyampah dgn aiman tu, letak nama tino kat blakang sb nakkan publisiti. Gunalah nama sendiri ., attention seeker betol.

    2

    0
  24. typical people says:

    sorila lari topik
    dah lama nak cakap ni
    aku paling serabut tgk si OGY ni pakai tudung
    selekeh sgt… tlg la sesapa yg boleh ajar dia pakai tudung leklok sikit
    thanks

    1

    1
    • Bungataikayam says:

      Ogy dah brniat tinggal dunia hiburan2 dan pakai mini telekong masa umum niat. Sekarang tudung serabut dan makin pendek. Mana RESTORANT yg dibuka dolok eh?

      0

      0

Leave a Comment

Optional