June 20th, 2019

Walaupun kemelutnya bersama aktres Datin Seri Umie Aida sudah kembali pulih, primadona Erra Fazira bagaimanapun tidak mahu lagi membicarakan soal itu.

Erra akui kontroversi tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dan menyifatkan ia sebagai titik hitam dalam hidupnya. Namun, apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran paling bermakna agar dapat menjadikannya seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.

Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya haya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.

Terdahulu, Umie meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sahabat sendiri yang mengkhianati dirinya. Katanya, sudah beberapa kali individu itu melakukan perkara yang sama dan sebelum ini dia pernah memaafkan individu tersebut dan menerimanya semula sebagai sahabat.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, netizen mula membuat andaian bahawa sahabat yang dimaksudkan oleh Umie adalah Erra kerana mereka mempunyai hubungan yang mesra dan erat.

Menguatkan lagi segala spekulasi, Erra Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu. Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sumber Berita : mStar Online


19 responses to “Kontroversi Dengan Umie Titik Hitam Dalam Hidup – Erra Fazira”

  1. Mak c kina says:

    Xde maknanya la erra nak kannlaki umi ni..buk lagi lelaki yg baik..laki ni pun bkn nya kaya..baik dia rembat level2 menteri,datuk2 kaya tu

  2. Tudung saji says:

    Betul ke gosip diarng bergaduh sbb erra usha usha laki umie A? Kalo betul erra buat… Mmng jenis yg x hargai persahabatanlh tu.. Kta orng nafsu melebihi segalanya…

  3. Anonymous says:

    Faraj…(Elok ko jgn Pandang langsung Muka IUmie Aida tu……Umie Aida cemburu tu sebab walaupun umoq sama dgn Umie Aida , tapi Umie Aida muka mcm Berok Betina skit…!! Erra mcm Arnab..(Comey Jer)…. faraj macam badakk…complete badan pendek..gemokk… muka pjg….nama pun tak bole cakap..MUAHAHAHAHA

  4. Anonymous says:

    Past is past Erra. Doakan yg terbaik buatmu lps ni. Love Erra. Biggest fan of her since 1992 (Miss Malaysia) and 1994 from the song Cinta Abadi and Sembilu movie.

Loading...