June 20th, 2019

Walaupun kemelutnya bersama aktres Datin Seri Umie Aida sudah kembali pulih, primadona Erra Fazira bagaimanapun tidak mahu lagi membicarakan soal itu.

Erra akui kontroversi tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dan menyifatkan ia sebagai titik hitam dalam hidupnya. Namun, apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran paling bermakna agar dapat menjadikannya seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.

Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.

Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya haya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.

Terdahulu, Umie meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sahabat sendiri yang mengkhianati dirinya. Katanya, sudah beberapa kali individu itu melakukan perkara yang sama dan sebelum ini dia pernah memaafkan individu tersebut dan menerimanya semula sebagai sahabat.

Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, netizen mula membuat andaian bahawa sahabat yang dimaksudkan oleh Umie adalah Erra kerana mereka mempunyai hubungan yang mesra dan erat.

Menguatkan lagi segala spekulasi, Erra Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu. Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka.

Sumber Berita : mStar Online


19 responses to “Kontroversi Dengan Umie Titik Hitam Dalam Hidup – Erra Fazira”

  1. puisisepi says:

    apa kaitan ngn fynn jamal plak ni..

  2. Anonymous says:

    Baguslah erra kita x payah buka aib org berdiam lebih baik u memang terbaik sayang awak sangat2.

  3. Anonymous says:

    jangan la jadi bingai sgt. Permasalan agama tanya la kt page2 ustaz. Belambak je ustz kt msia ni. Yang p tny kat fyn jamal kenapa?

  4. Anonymous says:

    sampai skrg x tahu apa sebab? cubaan caras suami ke sis?

    • Anonymous says:

      tapi baguihnya erra ni, dari zaman dia dgn Awie, sampailah ke Umie ni, tak pernah dia bukak mulut burukkan sape-sape. salute lah.

    • Anonymous says:

      sebab banyak rahsia???

    • unknown says:

      x lagik ler cubaan caras.. hubs c dukun bukan kaya mn pun.. setakat nilai utk nak maintain gelaran.. kurang 1 sen kene tarik.. mungkin ade laa lebey2 sikit but still x logik.. huh cannot brain

  5. faraj says:

    Elok ko jgn Pandang langsung Muka IUmie Aida tu……Umie Aida cemburu tu sebab walaupun umoq sama dgn Umie Aida , tapi Umie Aida muka mcm Berok Betina skit…!! Erra mcm Arnab..(Comey Jer)…. manusia2 yg cemburu mcm Umie Aida ni elok kita elak kan dr Berkawan…!!! …

    • Anonymous says:

      Jangan Jadi Macai UMNOnok Udah Dedak Habis Jadi Pakar Pengkaji Video Lucah.. Eee Losernye!

Loading...