Walaupun kemelutnya bersama aktres Datin Seri Umie Aida sudah kembali pulih, primadona Erra Fazira bagaimanapun tidak mahu lagi membicarakan soal itu.
Erra akui kontroversi tersebut meninggalkan kesan yang mendalam dan menyifatkan ia sebagai titik hitam dalam hidupnya. Namun, apa yang berlaku dijadikan sebagai pengajaran paling bermakna agar dapat menjadikannya seorang insan yang lebih baik di masa hadapan.
Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri. Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ini sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.
Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah saya haya mahu teruskan hidup dengan lebih baik, produktif, tenang dan damai.
Terdahulu, Umie meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap sahabat sendiri yang mengkhianati dirinya. Katanya, sudah beberapa kali individu itu melakukan perkara yang sama dan sebelum ini dia pernah memaafkan individu tersebut dan menerimanya semula sebagai sahabat.
Biarpun tidak menyebut nama sesiapa, netizen mula membuat andaian bahawa sahabat yang dimaksudkan oleh Umie adalah Erra kerana mereka mempunyai hubungan yang mesra dan erat.
Menguatkan lagi segala spekulasi, Erra Erra pula selepas itu tampil mengakui beliau sudah beberapa kali mengulangi kesilapan yang sama sehingga melukakan hati rakan baiknya itu. Bagaimanapun, kemelut itu tidak berlarutan apabila kedua-dua mereka sudah bersemuka untuk menyelesaikan masalah mereka.