April 4th, 2019

Membuat keputusan untuk menanggalkan tudung beberapa bulan dulu mungkin membuatkan nama Emma Maembong dikecam serta dihimpit kontroversi. Bagaimanapun, Emma boleh menarik nafas lega kerana tindakannya itu tidak pun menjejaskan kariernya. Sebaliknya, beliau sendiri mengakui menerima banyak tawaran lakonan.

Alhamdulillah, kerjaya seni saya setakat ini kekal berjalan dengan baik dan lancar. Apa sahaja kontroversi yang sudah berlaku, itu adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan karier saya sebagai pelakon.

Memang sejak kebelakangan ini tawaran lakonan semakin banyak, namun saya hanya fokus satu projek pada satu masa. Bagi saya, kualiti lakonan meningkat dan masa saya lebih terurus apabila memilih cara begini.

Terdahulu, kecoh apabila Emma yang sudah lima tahun berhijab membuat keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana enggan terus hipokrit dan mengakui imannya belum cukup kuat untuk terus istiqamah menutup aurat.

Sumber Berita : Kosmo


28 responses to “Kontroversi Buka Tudung Tidak Jejaskan Karier, Emma Maembong Dihujani Tawaran Lakonan”

  1. Anonymous says:

    sampah..time bertudung pun dah gedik..tapi terpaksa cover..sekarang dah x bertudung..semakin ligat la gediknya..yeaaa

  2. katy periuk says:

    Istidraj

  3. Anonymous says:

    Tanda Allah masih sayang ko dik..masih berikan rezeki walaupun ko lawan perintahNya. Masih dibuka ruang untuk ko berpikir..
    Semua rezeki dariNya

  4. Soooo stupid says:

    Biasala.. kalo ikt jejak langkah dajjal, mmg akan murah rzki serba serbi ok la utk dunia ni..
    Tp sndr mau ingtla, akhirat tu PASTI..

    Otak x terencat kn.. tau berfikirkn.. serba serbi tau kn.. so, kptusan d tngan anda..

    Good luck..

Loading...