Sebagai salah seorang teman yang paling rapat dengan Emma Maembong, pelakon Alvin Chong turut terkena tempias kontroversi pelakon wanita itu membuka tudung selepas lima tahun berhijab.
Alvin mengakui menerima banyak kiriman mesej daripada peminat yang meminta beliau untuk menasihati Emma.
Bagaimanapun, beliau enggan melayan permintaan itu dan meminta peminat menerima Emma seadanya. Tidak perlu untuk menentukan hala tuju kehidupan orang lain.
Benar, saya ada bercakap dengan Emma mengenai kekeliruan yang dialaminya. Emma ada sebab tersendiri mengapa keputusan itu (menanggalkan hijab) diambil. Berilah masa kepada Emma untuk membuat keputusan dalam hidupnya sendiri.
Apabila diajukan peminat mengenai hal ini, saya berterus terang dan meminta mereka menerima Emma seadanya. Janganlah kita cuba menukar dan menentukan hala tuju hidup artis diminati. Sebaliknya, doakan yang terbaik buat mereka.
Tidak salah untuk menasihati orang tetapi janganlah terlalu memaksa mereka untuk berubah secara drastik.