March 11th, 2014

Abang Nara tahu ramai di kalangan anda datang membaca BeautifulNara sambil menanti perkembangan terkini mengenai pesawat MH370. Sudah empat hari MH370 hilang namun sehingga ke hari ini masih belum ada berita baik yang boleh dikongsikan oleh pihak penyiasat. Sambil menanti berita-berita terkini mengenai MH370, Abang Nara tertarik dengan kenyataan Johan As’ari mengenai dirinya yang lebih menghargai cinta selepas kontroversi yang melanda dirinya sepanjang tahun lalu.

johan dan cinta

Abang Nara bukan nak pandang rendah atau pandang sinis pada Johan, namun terlalu banyak sangat kontroversi cinta yang telah dihadapi olehnya sehingga kepercayaan terhadap kata-katanya sudah berkurangan. Namun siapalah Abang Nara untuk menidakkan perubahan seseorang itu. Semoga kali ini Johan benar-benar menghargai cinta. Kata Johan menerusi MalaysianDigest:-

Kontroversi lalu tak beri kesan negatif pada saya. Tetapi lebih kepada kematangan sebagai manusia biasa. Apa yang saya lalui ini sama seperti manusia lain. Saya anggap ia asam garam dalam kehidupan saya.Pengalaman lalu buat buat saya lebih berfikiran luas dan jauh.

Dan saya semakin lebih tahu menghargai apa itu cinta. Pada saya, saya dah faham yang cinta tu adalah satu perkara yang baik dan suci. Bagi saya, kalau tanpa cinta saya bukan manusia yang baik. Dan saya percaya jodoh itu ketentuan Allah.

johan cinta

Memang power kan ayat si Johan nie? Macam bermadah pun ada jugak. Kalau awek dengar confirm cair. Namun begitu Abang Nara setuju dengan usaha Johan untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik. Tambah Johan lagi:-

Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Kalau saya mahu perempuan yang baik makan saya haru mempersiapkan diri dan menjadi seorang yang baik. Bila saya ke arah itu, jadi InsyaAllah saya akan dipertemukan dengan jodoh yang baik

johan as'ari baik

Bagi Abang Nara, kalau benar-benar Johan lebih menghargai cinta dan mahu berubah selepas kontroversi yang terjadi, mungkin tahun ini Johan tak perlu bercinta sebaliknya fokus kepada kerjaya sahaja. Jangan lepas 2,3 bulan tup-tup keluar kisah cinta lagi. Tup-tup lepas itu putus lagi. Nanti orang makin lama makin tak percaya pulak dengan kata-kata Johan. Tak gitu?

P.S: Opel bakal mengeluarkan Opel Astra Extreme


Comments are closed.

Loading...