January 16th, 2019

Beberapa video kontroversi gadis mirip juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan peserta Dewi Remaja yang lain sedang berparti sakan di kelab malam sambil meminum arak viral di media sosial semalam.

Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka yang tidak harus diangkat sebagai ikon remaja apatah lagi ada diantara mereka dilihat sudah membuka tudung. Ia memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.

Ada juga meminta agar gelaran Dewi Remaja yang diberikan kepada Hanee ditarik balik sekiranya beliau benar-benar terlibat dalam video terbabit.

Terbaru, penganjur rancangan pencarian bakat tersebut yang juga sebuah majalah popular, Remaja memberitahu pihak mereka sedang menjalankan siasatan terperinci berkaitan kontroversi terbabit. Tindakan akan diambil terhadap finalis Dewi Remaja berkenaan sekiranya dakwaan tersebut adalah benar.

Buat masa ini, biarlah pihak penganjur menyiasat isu ini secara terperinci dan kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada mereka nanti.

Sumber Berita : Instagram Majalah Remaja

Kredit Video : MHE TV


88 responses to “Kontroversi Berparti Di Kelab Malam : Finalis Dewi Remaja Bakal Disiasat”

  1. umairah says:

    kita nak expect apa dr org mcm ni. tgklah pakaian. tgk cara diorg bergaya. tgk acara apa yg popularkan mereka. nak expect apa? cadangan sy nasihatkan je la diorg ni.xpyh nak kecam2 sgt. jgn panjang2kan isu ni.

  2. Anonymous says:

    Come on… Takkan minum the Tarik kat kedai mamak jer bole jadi dewi remaja…? Dia kan remaja… Lagi pun kelab yang bagi orang bawah umur tu pun mesti kena juga… jual arak kat orang bawah umur.

  3. Tarik balik gelaran tu….hitam memang buruk rupa dan perangai..murah

  4. Hanif says:

    Promosi pasang produk Cuckoo dapat hadiah:
    1. Bernilai RM 600 atau
    2. bernilai RM 1200
    Sah sehingga 31 Mac ini. PM “Cuckoo” ke 01129040132 jika berminat.

  5. Anonymous says:

    agree tarik balik… haneesya tak bole dijadikan contoh ikon remaja 2019 oleh masyarakat

Loading...