Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, direhatkan sementara daripada tugasnya susulan dakwaan kontroversi yang tular melibatkan bekas isterinya.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Shahrul untuk menyelesaikan urusan peribadi berikutan perhatian masyarakat terhadap isu tersebut.
Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya.
Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya,” katanya kepada Sinar Daily pada Rabu.
Kontroversi bermula pada 28 Oktober lalu, apabila bekas isteri Shahrul, usahawan dan pempengaruh Amyera Zainal, membuat beberapa siri dakwaan di Instagram Stories miliknya.
Amyera mendakwa dia tampil mendedahkan perkara sebenar kerana merasakan ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya.
Dia cuma mahu orang anggap saya jahat kerana saya seksi. Itu sahaja motifnya, tetapi salah langkah. Saya bukan jenis yang mengganggu orang lain, tetapi jika awak kacau saya, itu adalah kesilapan terbesar awak.
Dakwaan itu muncul beberapa hari selepas pertunangan Shahrul Nasrun dengan Meerween Hanees Natasha Meeat pada 25 Oktober, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat di media sosial mengenai kredibilitinya sebagai tokoh politik muda.
Bagi menjernihkan keadaan, Shahrul mengeluarkan kenyataan di Instagram pada malam sama, menafikan semua dakwaan serta meluahkan rasa kesal kerana isu peribadinya telah menjadi tumpuan umum.
Beliau turut mempertahankan tunangnya, Meerween, dan menegaskan bahawa tiada sebarang skandal berlaku.
Dalam catatan sama, Shahrul turut menyertakan peringatan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), memberi amaran bahawa individu yang menyebarkan maklumat palsu atau terlibat dalam buli siber boleh dikenakan denda sehingga RM50,000, penjara setahun, atau kedua-duanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
