Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kontroversi “Angkat Beg” Fathia Latiff, Ini Komen Dari Karl Shafek Selaku Bekas Pramugara

Minggu ini memang hangat dengan kontroversi “angkat beg” oleh Fathia Latiff yang telah menyebabkan pelakon itu dikritik. Untuk anda yang tidak tahu, Fathia telah memuatnaik gambar seorang pramugari yang enggan membantunya mengangkat beg ke tempat simpanan bagasi. Akibatnya, Fathia telah di”tunjuk ajar” oleh orang ramai tentang skop kerja seorang pramugara/pramugari di mana mengangkat beg bukanlah tanggungjawab mereka.
fatiya latiff

Ramai juga selebriti yang telah tampil memberikan pendapat mereka tentang kontroversi ini. Namun yang paling mencuri perhatian ialah pendapat dari Karl Shafek yang pernah bekerja sebagai seorang pramugara. Menarik juga perkongsian pengalaman oleh Karl Shafek. Bukan senang menjadi seorang pramugara/pramugari, lebih-lebih kerana terpaksa melayan kerenah pelbagai manusia.

Advertisement

karl shafek

Apa pun, Abang Nara sokong kata-kata Karl Shafek tentang berbudi bahasa. Sepanjang Abang Nara naik kapal terbang, kesemua pramugara dan pramugari memang melayan kami sekeluarga dengan begitu baik sekali. Minta tolong pun sentiasa ditolong. Dengan syarat kita kenalah cakap elok-elok, ucapkan terima kasih dan senyum bila minta tolong. Insya Allah kalau kita buat baik, orang pun buat baik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top