September 28th, 2020

Pengasas FashionValet dan dUCK Group, Datin Vivy Yusof kini “dikhabarkan” telah menamatkan tugasnya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), hari ini (Isnin).

Kontrak Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM Tamat?

Berita tersebut diumumkan di laman sosial Instagram UiTM pagi tadi. Menerusi muat naik berkenaan, pihak tersebut menzahirkan ucapan terima kasih buat usahawan itu di atas perkhidmatan dan bakti yang telah dicurahkannya.

Namun begitu, masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak UiTM mengenai status Vivy sebagai Ahli Lembaga Pengarah universiti tersebut.

Terdahulu, Vivy telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan menjawat tugas berkenaan sejak 26 Mei 2019.

Berita perlantikannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar dan alumni institusi pengajian tinggi awam itu sendiri.

Biarpun begitu, sekitar Mac lalu, Vivy dihimpit kontroversi apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab tampil menyatakan beliau mempersoalkan tindakan kerajaan membantu golongan B40 dan M40, sedangkan mereka tidak memberi sumbangan kepada ekonomi.

Kontrak Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM Tamat?

Lebih mengejutkan, cemuhan itu juga telah menyebabkan pelancaran satu petisyen di laman web pada 1 Mei 2020 yang mendesak Vivy dilucutkan daripada Ahli Lembaga Pengarah UiTM kerana menghina golongan B40 dan M40 serta ditandatangani oleh lebih 230,000 pengguna Internet sejak ia dilancarkan. Bagaimanapun, segalanya sudah dibawa ke muka pengadilan.

Vivy yang juga ikon bisnes fesyen sebelum ini juga telah banyak menempa kejayaan dalam dunia perniagaan sehingga beliau telah berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij seperti Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee.

Kontrak Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM Tamat?

Tidak ketinggalan, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sebelum ini pernah tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.

Lebih membanggakan, beliau juga pernah menerima Anugerah Usahawan Muda daripada Tribute To Women Malaysia dan pada April 2017 dan turut tersenarai sebagai salah seorang individu daripada Forbes 30 Under 30 di Asia bersama usahawan dan juga pengacara popular Neelofa.

Sumber: Gempak


2 responses to “Kontrak Vivy Yusof Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM Tamat?”

  1. well says:

    sudahlah.. ko fokus jela bisnes ko tu.. xyh dok involve la dgn politik ke education ke.. sbb klu bckp byk yg ko kne fhm sblum bbicara. simple. dats it!!

  2. Viva Suyuf says:

    Ingatlah pepatah cakap siang pandang pandang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...