Tidak lepas daripada kontroversi sejak akhir-akhir ini, selebriti terkenal Noor Neelofa tampil memberi penjelasan mengenai isu berbangkit dengan sebuah jenama barang perhiasan kristal terkenal dunia iaitu Swarovski.
Jelas Neelofa yang dihubungi media, kontraknya bersama Swarovski telah pun tamat pada Disember 2020 yang lalu.
Tambahnya lagi, meskipun mereka tidak lagi bekerjasa, namun keduanya masih mempunyai hubungan yang baik.
Salam. My contract with Swarovski did end back in December 2020 but we still have a good relationship and will remain that way. Hope this clarifies ?
— Neelofa (@Neelofa) April 30, 2021
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila muncul spekulasi mengenai kontroversi personaliti itu dan suaminya, PU Riz yang sebelum ini telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) telah menjadi punca tamatnya kolaborasi bisnes bersama dengan jenama mewah antarabangsa itu.
View this post on Instagram
Namun, ramai juga yang tampil mempertahankan Neelofa serta meminta dirinya bersabar dengan tohmahan masyarakat.
Neelofa sebelum ini telah menjadi wanita berhijab pertama menjadi muka hadapan billboard Swarovski sejak tahun 2017. Ini menjadikan wajahnya menjadi penghias iklan sehingga ke pelusuk dunia.
View this post on Instagram
Malah, busana perkahwinannya pada akhir Mac lalu turut dihiasi dengan 5,000 butir batu kristal daripada jenama tersebut.