Kontak Terlalu Ramai, Kluster Pengawal Keselamatan Wajib Jalani Saringan Kesihatan

COVID-19

Kontak Terlalu Ramai, Kluster Pengawal Keselamatan Wajib Jalani Saringan Kesihatan

Pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai wujudnya kluster baharu iaitu kluster pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah di Cheras, Kuala Lumpur telah mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Hal ini jelas sekali kerana mereka mempunyai hubungan kontak yang begitu ramai memandangkan mereka sentiasa bertugas di pusat membeli-belah tersebut dan akan memeriksa suhu badan pelanggan di sana. Lebih merunsingkan adalah, kontak yang terlibat amat susah untuk dikesan memandangkan tiada sebarang maklumat yang diperoleh.

Advertisement

Oleh kerana masalah yang dihadapi ketika ini amat serius, kerajaan telah memutuskan untuk mewajibkan ujian saringan kesihatan dilakukan kepada semua pengawal keselamatan warga asing.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kontak terdedah risiko dijangkiti COVID-19 adalah terlalu ramai.

Kerajaan sebelum ini, telah mengambil langkah pembendungan dan pencegahan dengan mengenal pasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka di pusat beli belah tersebut. Selain itu, saringan COVID-19 turut dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka iaitu di kediaman yang sama di Cheras.

Setakat 7 Mei, terdapat 10 kes positif COVID-19 dilaporkan dalam kluster itu membabitkan sembilan warga Nepal dan seorang rakyat tempatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...