Kontak Rapat Dengan Pesakit COVID-19, Anak Elfira Loy Jalani ‘Swab Test’, Peroleh Keputusan Negatif

Hiburan

Kontak Rapat Dengan Pesakit COVID-19, Anak Elfira Loy Jalani ‘Swab Test’, Peroleh Keputusan Negatif

Seorang lagi anak selebriti iaitu Muhammad Rayyan Khalaf, cahaya mata kepada Elfira Loy khabarnya terpaksa menjalani ujian calitan COVID-19 (swab test) apabila dilaporkan telah menjadi kontak rapat dengan individu yang dijangkiti virus berkenaan.

Rayyan KhalafSumber : Instagram Muhamad Rayyan Khalaf  

Perkara itu dikongsikan Elfira menerusi akaun Instagramnnya apabila dia memuat naik sebuah hantaran memaparkan keadaan anaknya itu sedang menjalani ujian saringan bersama pakar perubatan.

Advertisement

Elfira dalam hantaran Instagram itu turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar mengambil berat dan bertegas untuk mengatakan ‘tidak’ pada sesiapa yang ingin mendekati dan berada dekat dengan anak masing-masing kerana kini, sesiapa saja boleh dijangkiti wabak itu meskipun tidak menunjukkan apa-apa gejala.

“Saya kongsikan di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu. Untuk keadaan sekarang ia adalah okay untuk bertegas kata tidak untuk orang yang nak datang rapat dengan anak kita. Especially bila kita tahu orang tu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.”

Dia yang kini turut mengusahakan perniagaan berasaskan sambal turut meluahkan rasa syukur kerana hasil keputusan ujian saringan anak sulungnya itu telah didapati negatif daripada COVID-19.

Elfira turut menganggap kejadian itu sebagai satu keajaiban kerana sistem imunisasi Rayyan sangat kuat meskipun terdedah dengan pesakit COVID-19 selama beberapa jam namun tidak terjangkit.

View this post on Instagram

A post shared by @elfiraloy

Pelakon ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan agar masyarakat di luar sana sentiasa kebersihan dan mengambil Vitamin C sebagai perlindungan tambahan dalam menghadapi situasi membimbangkan kini.

Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 yang lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia setahun tiga bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Elfira Loy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...