Konstabel Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Membunuh Rakan Sekerja

Kehidupan

Konstabel Didakwa Di Mahkamah Majistret Atas Tuduhan Membunuh Rakan Sekerja

Awal bulan ini, seorang konstabel polis ditemui tersandar di sofa rumah sewa rakannya dengan kesan kecederaan di kepala akibat tembakan. Hari ini, suspek utama kes ini yang juga konstabel polis didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan tersebut.

Muhammad Nur Alif Mazlan, 28 dituduh membunuh Konstabel Norhalim Tumiran,24 di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9 antara jam 5.45 hingga 6.30 petang.

Advertisement

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Hazwani Hanim Ramli. Mahkamah kemudian menetapkan 6 Julai sebagai tarikh sebutan semula.

Sementara itu, dua lagi konstabel yang berusia 21 dan 23 tahun, dibebaskan dan akan dipanggil sebagai saksi bagi kes itu.

sebutan semula kes mahkamah

Norhalim yang tinggal di rumah transit di ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pergi ke rumah sewa rakan-rakannya di Lorong Permai Timur 9, untuk bermain permainan video sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Allahyarham baru sebulan bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Sibu selepas menamatkan latihan asas Konstabel polis.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...