Konsert Solo Batal, Khai Bahar Anggap Belum Ada Rezeki

Hiburan

Konsert Solo Batal, Khai Bahar Anggap Belum Ada Rezeki

Penyanyi Khai Bahar reda dan beranggapan belum ada rezeki untuk beraksi solo selepas Ogy Ahmad Daud selaku penganjur mengumumkan pembatalan Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia.

Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin berkata keputusan itu dibuat mereka secara sepakat selepas perbincangan menyeluruh dibuat mengenai risiko penganjurannya.

Advertisement

Menurut Khai, 27, Ogy ada berbincang dengan pihak pengurusan dan peguamnya sebelum membuat pengumuman tersebut. Ia selepas mengambil kira pelbagai faktor terutamanya kos, kapasiti, dan risiko dalam menjayakan sesuatu persembahan yang berskala besar.

Pihak penganjur merasakan jalan terbaik buat masa ini adalah membatalkan konsert di Istana Budaya (IB) itu. Insyallah kita cuba lain kali, doakan saya ya.

Penyanyi lagu Luluh itu berkata, dia dan pasukan menerima dengan hati yang tenang dan beranggapan belum rezeki membuat persembahan solo di sana walaupun tidak menafikan dia sendiri sudah melakukan persiapan untuk konsert berkenaan.

Persiapan saya sudah dalam 50 peratus rasanya sejak sebelum pandemik pertama melanda negara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dulu.

Terdahulu, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud mengumumkan membatalkan konsert itu selepas perbincangan dibuat bersama mereka yang lebih arif dalam penganjuran sesebuah konsert.

Dia juga memohon ribuan ampun dan maaf kepada pasukan Khai yang bersusah payah selama ini untuk mengendalikan bersama-sana bagi merealisasikan konsert itu.

3 years ago

Saling Berbalas Komen Mesra, Peminat Doakan Khai Bahar Dan Nabila Razali Bertemu Jodoh

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...