Konsert ‘Live’ Pertama Dengan Penjarakan Sosial, Diadakan Di United Kingdom

Trending

Konsert ‘Live’ Pertama Dengan Penjarakan Sosial, Diadakan Di United Kingdom

Penjarakan sosial kini menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia selepas penularan COVID-19 yang teruk melanda. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini turut digunapakai di panggung wayang dan kini juga bagi yang ingin menonton persembahan konsert secara langsung.

SOP ini telah diuji di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, di mana satu acara konsert secara langsung telah dibuat dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert yang julung kali dilakukan ini.

Advertisement
Bagi memastikan keselamatan keselamatan penonton dan SOP terjaga, mereka akan dipandu terus ke kawasan tontonan peribadi masing-masing. Pesanan makanan atau minuman juga boleh dibuat melalui aplikasi khas.
Pengambilan suhu juga turut dilakukan sebelum para penonton dibenarkan untuk masuk ke kawasan konsert.

Perkara ini pasti menjadi berita baik kepada mana-mana artis dan penganjur konsert yang terpaksa ditunda atau dibatalkan sebelum ini ekoran wabak ini. Kaedah ini boleh dipertimbangkan bagi meneruskan konsert mereka.

Kaedah ini harus diteruskan dan diamalkan selagi COVID-19 masih ada di dalam acara keramaian seperti konsert atau penyampaian anugerah.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...