Penjarakan sosial kini menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia selepas penularan COVID-19 yang teruk melanda. Prosedur Operasi Standard (SOP) ini turut digunapakai di panggung wayang dan kini juga bagi yang ingin menonton persembahan konsert secara langsung.
SOP ini telah diuji di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, di mana satu acara konsert secara langsung telah dibuat dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert yang julung kali dilakukan ini.
Perkara ini pasti menjadi berita baik kepada mana-mana artis dan penganjur konsert yang terpaksa ditunda atau dibatalkan sebelum ini ekoran wabak ini. Kaedah ini boleh dipertimbangkan bagi meneruskan konsert mereka.