Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Barisan Artis Hebat. Ada Spider, Ruffedge, Dolla, Bunkface & Ramai Lagi!

Hiburan

Konsert Jiwa Merdeka 2024 Bawa Barisan Artis Hebat. Ada Spider, Ruffedge, Dolla, Bunkface & Ramai Lagi!

Setiap tahun 2 tanggal penting pada bulan Ogos dan September pasti menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekspresikan rasa cinta terhadap negara.

Pengisian patriotik menjadI tumpuan utama bagi meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia ini dan lebih istimewa inilah saatnya rakyat Malaysia dapat menonton persembahan daripada muka lama dan baru bersatu meraikan detik keramat negara sambil menghiburkan.

Advertisement

Konsert Jiwa Merdeka Satukan Artis Lagenda dan Popular Tempatan!

Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event selaku penganjur bersama dengan bangganya membawakan Konsert Jiwa Malaysia 2024 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dan juga Hari Malaysia.

Konsert Jiwa Malaysia akan berlangsung pada 7 September 2024 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ini diharap mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan terutama dalam kalangan generasi muda.

Nama-nama hebat yang akan membuat persembahan pada Konsert Jiwa Malaysia ialah band lagenda Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan wakil kecil molek Sandakan, Bella Astillah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Iliyas Jamil Konsert Jiwa Malaysia 2024 berbeza daripada penganjuran lain kerana ia bermatlamat menyatu padukan seluruh generasi pelbagai lapisan masyarakat dan usia.

Selain menjadi sebuah platform bagi anak-anak muda untuk mengekspresikan rasa cinta mereka terhadap tanah air melalui pelbagai persembahan muzik yang penuh dengan semangat patriotik.

“Bertemakan Jiwa Malaysia, konsert ini bukan sahaja akan menghiburkan para pengunjung yang majoriti dari kalangan generasi muda, malah turut menginspirasi mereka tentang kepentingan memelihara dan mempertahankan kedaulatan negara.

 

“Pembabitan Spider, Hujan, Ruffedge, Dolla, Bunkface, Insomniacks dan Bella Astillah mewakili setiap generasi masing-masing disifatkan relevan dalam usaha membangkitkan nilai-nilai kemerdekaan dalam masyarakat hari ini,” ujar Iliyas Jamil.

Menyasarkan 15,000 penonton, tiket dijual pada harga RM70 (JIWA- berdiri) dan RM50 (MERDEKA- duduk) untuk EARLY BIRD dan RM120 (JIWA- berdiri) dan RM 90 (MERDEKA- duduk).

Tiket boleh didapati di https://ilassotickets.com.

Jumpa anda di Konsert Jiwa Malaysia 2024!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...