Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ Dibatalkan – Penganjur

Hiburan

Konsert Dolla ‘Good Girls Gone Bad’ Dibatalkan – Penganjur

Konsert Dolla Good Girls Gone Bad Live in Concert yang dijadualkan berlangsung pada 6 Disember di Idea Live Arena secara rasminya dibatalkan, umum penganjur Sah Entertainment dan Universal Music Malaysia.

Menurut Pengarah Sah Entertainment, Sufie Rashid, keputusan berat itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk tempoh persiapan yang terlalu singkat serta aspek keselamatan dan teknikal.

Advertisement

Selepas menilai semula keseluruhan garis masa persiapan… kami mendapati persiapan akhir acara mungkin tidak dapat disempurnakan dalam tempoh ditetapkan. Meneruskan acara dalam keadaan tidak menentu boleh membawa risiko dan gangguan pada saat akhir.

Katanya, keutamaan penganjur adalah keselamatan artis, kru, pihak venue dan terutama sekali para peminat. Mereka enggan memberikan persembahan yang tidak menepati standard terbaik Dolla.

Sufie menjelaskan bahawa limitasi masa menjadi faktor utama yang boleh menjejaskan kualiti keseluruhan konsert.

Kami percaya pada penganjuran persembahan yang menepati standard tertinggi… meneruskan acara dalam garis masa semasa berpotensi menjejaskan kualiti. Justeru, kami akan memproses semua pemulangan wang (refund) dengan segera.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, turut memohon maaf kepada para peminat Dolla dan mengakui keputusan membatalkan konsert bukan sesuatu yang mudah.

Kami merasai kekecewaan kalian… harapan sangat tinggi untuk persembahan ini. Membatalkan acara bukanlah keputusan mudah, terutama bagi kumpulan seperti Dolla dan hubungan mereka dengan iDolla.

Beliau menegaskan bahawa semua pemegang tiket akan menerima refund penuh secara automatik melalui kaedah pembayaran asal.

Sebelum pembatalan ini, nama Dolla hangat diperkatakan susulan teguran terbuka pendakwah bebas Ustazah Asma’ Harun mengenai penampilan ahli kumpulan itu dalam muzik video Question. Isu itu turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, yang sedang meneliti tindakan syariah berkaitan selebriti Islam berpakaian mencolok mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-20 14:42:53

"Gentleman, Cara Bercakap Pun Matang.." - Netizen Puji Cara Zain Saidin Bimbing Rozita Che Ta, Kemudi Rumah Tangga

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...