Konsert Blackpink Malam Ini, Ada Kelompok Netizen Pakat Doa Allah Turunkan Bala – “Harap Hujan Lebat, Petir, Pentas Runtuh”

Hiburan

Konsert Blackpink Malam Ini, Ada Kelompok Netizen Pakat Doa Allah Turunkan Bala – “Harap Hujan Lebat, Petir, Pentas Runtuh”

Konsert Blackpink bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini dan ramai peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium ketika ini.

Sudah tentu, masing-masing sangat teruja dan tidak sabar untuk menonton kumpulan k-pop kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Advertisement

Black Pink PU Syed
1 year ago

"Mereka Datang Ketika Umat Islam Nak Sambut Ramadan" - PU Syed Bantah Sekerasnya Konsert BlackPink Mac Ini

Dalam pada itu, ada pula segelintir netizen yang mendoakan perkara tidak baik berlaku ketika konsert tersebut berlangsung bermula jam 8 malam nanti.

Menerusi komen di satu hantaran di Facebook, mereka mendoakan agar stadium itu dilanda banjir atau hujan lebat turun pada malam ini.

Harap hujan lebat. Petir, pentas runtuh. Amin.”

Sementara itu, sesetengah individu di Twitter menyelar netizen yang mendoakan sebegitu dan berpendapat pemikiran mereka ini tidak matang.

Ada yang berkata golongan itu tidak berfikir panjang kerana berdoa untuk stadium dilanda banjir sama juga dengan mendoakan mangsa banjir bertambah.

Beberapa netizen pula mentioned tentang penyanyi wanita tempatan yang berpakaian lebih seksi daripada anggota kumpulan Blackpink namun ‘dibolehkan’ kerana mereka ini Melayu.

Penyanyi berkumpulan wanita tempatan lagi seksi daripada dorang ni. Tapi takpe sebab melayu kan. Kalau orang luar datang auto tak boleh.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...