Konsert Blackpink bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini dan ramai peminat sudah mula membanjiri perkarangan stadium ketika ini.
Sudah tentu, masing-masing sangat teruja dan tidak sabar untuk menonton kumpulan k-pop kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.
Dalam pada itu, ada pula segelintir netizen yang mendoakan perkara tidak baik berlaku ketika konsert tersebut berlangsung bermula jam 8 malam nanti.
Menerusi komen di satu hantaran di Facebook, mereka mendoakan agar stadium itu dilanda banjir atau hujan lebat turun pada malam ini.
Harap hujan lebat. Petir, pentas runtuh. Amin.”
Sementara itu, sesetengah individu di Twitter menyelar netizen yang mendoakan sebegitu dan berpendapat pemikiran mereka ini tidak matang.
Ada yang berkata golongan itu tidak berfikir panjang kerana berdoa untuk stadium dilanda banjir sama juga dengan mendoakan mangsa banjir bertambah.
Beberapa netizen pula mentioned tentang penyanyi wanita tempatan yang berpakaian lebih seksi daripada anggota kumpulan Blackpink namun ‘dibolehkan’ kerana mereka ini Melayu.
Penyanyi berkumpulan wanita tempatan lagi seksi daripada dorang ni. Tapi takpe sebab melayu kan. Kalau orang luar datang auto tak boleh.”
Malaysian please be matured sikit .Your mentality stupid af.
Korang doakan hujan lebat bagai bagi banjir ? Where is your common sense ? Perangai korang lebih jijik . Konsert black pink je kot buat rilek dah pic.twitter.com/BUh8uaUh35
— Yan (@FayyanFreaks) March 3, 2023