Konsep ini direka oleh Vo Trong Nghia Architects untuk bangunan baru FPT University yang terletak 35KM dari Hanoi. Bangunan 7 tingkat ini direka seperti susunan kotak dan ruang yang terbuka. Ruang terbuka ini direka untuk menanam pokok yang besar untuk membiarkan cahaya masuk dan menjimatkan penggunaan tenaga. Berkeluasan 11,065 kaki persegi, bangunan ini direka dengan sepenuhnya menggunakan sistem eco-environment untuk penggunaan tenaga yang minima dan seterusnya memberi keselesaan kepada pelajar.