“Kononnya Boleh Jadi Halimunan”, Perompak Ditahan Bertelanjang Ketika Menceroboh Rumah Orang

Trending

“Kononnya Boleh Jadi Halimunan”, Perompak Ditahan Bertelanjang Ketika Menceroboh Rumah Orang

Walaupun zaman dah moden tapi masih ada lagi yang menggunakan khidmat bomoh untuk selesaikan masalah mereka. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah dengan bantuan bomoh.

Seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai HL ditahan dalam keadaan bertelanjang ketika mencuri di rumah dan bangunan kosong. Yang peliknya, setiap kali melakukan aktiviti pencurian itu dia akan bertelanjang bulat! Semua itu gara-gara percaya pada kata-kata bomoh yang dirinya menjadi halimunan selepas dijampi.

Advertisement

“Dia bertelanjang bulat, tanpa ada sehelai benang pun baru dia melakukan aktiviti mencuri. Dia percaya ketika bertelanjang bulat itu dia tidak dilihat oleh orang lain.”

perompak
Malang sekali, apa yang dikatakan oleh tok bomohnya itu tidak mujarab langsung. Segala kegiatan yang dilakukan jelas terpampang pada rakaman CCTV ketika dia mencuri. Kegiatannya itu terbongkar ketika sedang mencuri 30 unit tablet di perpustakaan dalam keadaan bogel.

Sebelum ini juga dia pernah memecah masuk rumah dan bangunan yang tidak berpenghuni dalam keadaan bogel. Sepanjang enam bulan itu, lima buah rumah dan bangunan telah dipecah masuk.

Berdasarkan pada rakaman cctv, pihak polis berjaya menahannya ketika sedang khayal mengambil dadah. Kalau mengikut pada rekod jenayahnya, sebelum ini dia pernah ditahan atas kesalahan yang sama.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...