Walaupun zaman dah moden tapi masih ada lagi yang menggunakan khidmat bomoh untuk selesaikan masalah mereka. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk melakukan jenayah dengan bantuan bomoh.
Seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai HL ditahan dalam keadaan bertelanjang ketika mencuri di rumah dan bangunan kosong. Yang peliknya, setiap kali melakukan aktiviti pencurian itu dia akan bertelanjang bulat! Semua itu gara-gara percaya pada kata-kata bomoh yang dirinya menjadi halimunan selepas dijampi.
“Dia bertelanjang bulat, tanpa ada sehelai benang pun baru dia melakukan aktiviti mencuri. Dia percaya ketika bertelanjang bulat itu dia tidak dilihat oleh orang lain.”

Sebelum ini juga dia pernah memecah masuk rumah dan bangunan yang tidak berpenghuni dalam keadaan bogel. Sepanjang enam bulan itu, lima buah rumah dan bangunan telah dipecah masuk.
Berdasarkan pada rakaman cctv, pihak polis berjaya menahannya ketika sedang khayal mengambil dadah. Kalau mengikut pada rekod jenayahnya, sebelum ini dia pernah ditahan atas kesalahan yang sama.