Baru-baru ini, viral di media sosial mendakwa peserta larian Gopeng Ultra Trail yang hilang, Mohammad Ashraf Hassan atau mesra dengan panggilan Acap sudah dijumpai.
Bukan itu sahaja, sebuah kumpulan pencarian memberitahu kehilangan Acap tiada langsung dengan unsur mistik masuk ke alam ghaib. Timbul pula cerita lain mengatakan dia sendiri yang tidak mahu pulang. Hakikat sebenarnya pasti akan mengecewakan ramai pihak.
Terbaru, abang Acap iaitu Zahiruddin Hassan menerusi akaun Facebooknya meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang sanggup menyebarkan berita palsu dan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku kepada adiknya itu. Malah, ada juga yang menjadikan kehilangan Acap sebagai satu bahan jenaka.
Kesedihan kami bukan lawak, siapa yang jadikan lawak hatinya telah mati
Pencarian Acap masih diteruskan
Netizen harap keluarga Acap jangan putus asa
Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, kes kehilangan Acap masih lagi dalam siasatan dan kertas siasatan dibuka mengikut kes orang hilang. Pihaknya menasihatkan orang ramai supaya berhenti mengeluar kenyataan palsu sehingga menjadi viral bagi mengelakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terganggu dan menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa.