Baru-baru ini, pelakon versatil Nabila Huda ada menguar-uarkan iklan yang mengajak sesiapa yang berminat untuk berkolaborasi dengannya bagi proses baik pulih sebuah rumah.
Perkara tersebut dimaklumkan Nabila yang lebih mesra disapa sebagai Abil itu di ruangan Twitter & Instagram miliknya.
Difahamkan, Abil bakal berpindah ke rumah jenis ‘landed’ dan sedang mencari syarikat yang berminat untuk berkolaborasi bagi membaiki dan memperbaharui rumah itu.
Ada company yang berminat untuk collab dengan Abil membaiki rumah? Abil perlukan kitchen cabinet untuk sesi cooking show Abil. Eee excited gila tau. Siapa berminat boleh dm Abil okay!
Namun, perkongsian pelakon filem Munafik itu nampaknya mengundang kecaman apabila ramai yang merasakan Abil hanya ingin barangan percuma dan kolaborasi yang dikatakan itu seperti menguntungkan dirinya sahaja.
Kerana menurut pendapat netizen, kolaborasi itu membawa maksud menerima servis pengubahsuaian rumah secara percuma.
Dengan statusnya sebagai seorang selebriti, dirasakan tidak sesuai untuk sebarang syarikat pengubahsuaian rumah tampil menaja barang kelengkapan hanya dengan sekadar ‘promosi’ dan bukannya bayaran penuh.
Bayar dengan exposure? hahahahah
Selalu orang renovate rumah minta rekomen kontraktor dengan designer je. Kenapa nak guna perkataan collab? Nak free ke?
Tidak beberapa lama kemudian, Abil ada mengemaskini pencariannya itu dan memaklumkan sudah ramai yang menunjukkan minat dan ingin berkolaborasi dengannya bagi tujuan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.